Now Reading
Wanita Kongsi Tips Macam Mana Nak ‘Survive’ Dengan Gaji RM1,700 Sebulan, Orang Bujang Sila Take Note!

Wanita Kongsi Tips Macam Mana Nak ‘Survive’ Dengan Gaji RM1,700 Sebulan, Orang Bujang Sila Take Note!

Antara salah satu tips yang dikongsikan adalah dengan mengawal perbelanjaan makanan pada setiap bulan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sekitar Februari lalu, kerajaan telah menguatkuasakan paras gaji minimum RM1,700 sebulan berbanding sebelumnya RM1,500.

Ini bermaksud semua majikan wajib mematuhi perintah ini dan memastikan pekerja mendapat gaji pokok tidak kurang daripada nilai tersebut.

Namun sebagai pekerja, adakah nilai gaji sebegini benar-benar cukup untuk menampung kos kehidupan seharian?

Mungkin ada yang berpendapat nilai itu mencukupi namun ada juga segelintir individu yang berpendapat sebaliknya ditambah pula dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pasti ada yang pening bagaimana caranya hendak merancang bajet bulanan dengan gaji sedemikian.

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Hidup Dengan Gaji RM1,700 Sebulan

Tetapi tidak perlu risau kerana seorang wanita telah berkongsikan cara bagaimana untuk survive dengan pendapatan bulanan RM1,700. Langkah itu dikongsikan Aunie Zulkifli di TikTok @powerupcvs.

#1. Sewa Bilik Berbanding Rumah Dengan Bajet RM400

Kediaman merupakan antara keperluan wajib individu. Jika anda bergaji RM1,700, wanita ini menyarankan agar anda menyewa bilik berbanding rumah.

Apa yang paling penting, kos sewa bilik itu haruslah tidak melebihi RM400. Jika dapat yang lagi murah, lagi baik!

Jika tiada pilihan lain dan terpaksa sewa rumah, individu dinasihatkan untuk mencari housemate agar kos dapat dibahagikan.

Namun, jika ada peluang untuk tinggal di rumah keluarga, itu adalah salah satu jalan terbaik untuk berjimat.

Foto: Malay Mail

#2. Jangan Buat Hutang Kenderaan Lebih RM300

Kenderaan juga merupakan antara perkara yang dilihat sebagai keperluan dalam kehidupan masa kini.

Jika mahu survive, Aunie menasihatkan agar anda lebih menggunakan motosikal berbanding kereta. Ini kerana penggunaan motosikal jauh lebih jimat.

Sekiranya ada pilihan untuk menggunakan pengangkutan awam seperti LRT atau MRT dan bas, lebih baik memilih untuk menggunakannya.

Namun jika tiada pilihan dan sudah ada kereta, pastikan bayaran bulanan di bawah RM300.

Foto: Freepick

#3. Kawal Perbelanjaan Makan Bulanan

Ini antara perkara yang paling susah hendak kawal. Siapa sahaja yang tidak tertarik dengan makanan.

Namun, wanita ini menyarankan agar anda tetapkan bajet RM150 hingga RM200 untuk makan dengan cara masak sendiri hidangan kegemaran.

Jika terpaksa makan di luar, pastikan cari harga makanan yang bernilai bawah RM7.

“Kurangkan jajan, boba, Starbucks, duit tu better simpan,” tulisnya.

Foto: Freepick

#4. Kawal Komitmen Bulanan, Pastikan Ada Simpanan Kecemasan

Melalui perkongsian itu juga, Aunie turut menasihatkan agar mereka yang bergaji RM1,700 mengawal komitmen bulanan.

Contohnya dengan memperuntukkan RM30 hingga RM50 sahaja untuk pelan telefon, tidak perlu mengambil pakej postpaid yang jauh lebih mahal.

Tetapkan bajet RM100 untuk hiburan seperti Netflix atau keluar berhibur. Pastikan anda turut menyimpan RM100 hingga RM200 sebulan untuk perkara kecemasan.

Foto: Freepick

Jangan Buat 3 Benda Ini Kalau Tak Nak Hidup ‘Sengsara’

Menerusi perkongsian itu juga, Aunie turut menasihatkan mereka yang bergaji RM1,700 untuk elakkan diri daripada lakukan tiga perkara ini.

  1. Elakkan ambil pinjaman peribadi jika tidak perlu
  2. Elakkan beli kereta mahal
  3. Jangan amalkan gaya hidup ‘biar papa asal bergaya’

Mungkin bagi sesetengah orang agak ‘sukar’ nak lakukan cara ini tetapi ia sebenarnya boleh membantu korang survive walapun kos semakin meningkat. Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Nak Jimat Duit? Ini Menu Kurang Dari RM10 Yang Anda Boleh Dapat Dari Subway

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Cara Tambah Pendapatan Bagi Mereka Yang Tengah Struggle Dalam Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tambah Hutang, Dunia Sedang Berubah Drastik” – Lelaki Ini Beri 10 Tips Urus Kewangan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd