Now Reading
[Video] “Isteri Beli Bahan Tapi Tak Masak” – Luahan Lelaki Ini Kepada Khairul Aming Buat Ramai Terhibur

[Video] “Isteri Beli Bahan Tapi Tak Masak” – Luahan Lelaki Ini Kepada Khairul Aming Buat Ramai Terhibur

Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki itu turut menganggap situasi isteri beli bahan mentah tetapi tidak masak sebagai satu fenomena.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada ketika ini, konten Ramadan hasil buah tangan pencipta kandungan terkenal dan usahawan Sambal Nyet Berapi, Khairul Aming antara yang paling mendapat perhatian.

Manakan tidak, resepinya yang menarik ditambah dengan arahan yang mudah membuatkan ramai orang tanpa mengira latar belakang terpanggil untuk mencubanya.

Ada sahaja ragam dan gelagat individu dapat dilihat ketika mencuba resepi tersebut. Ada yang menjadi namun ada juga yang lain kejadiannya.

Jangan tidak tahu, di sebalik ragam ini, rupanya ada lagi gelagat individu lain yang mungkin ramai tidak sedar.

Lelaki Buat Luahan Kepada Khairul Aming, Fenomena Yang Ganggu Keluarga

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang suami kepada Khairul Aming tentang gelagat isterinya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nagenganu, lelaki itu membuat luahan kepada pempengaruh tersebut tentang satu fenomena yang menjejaskan keluarganya sendiri.

Kongsinya, fenomena ‘ini’ turut mengundang kebimbangan bukan sahaja kepadanya malah kepada seluruh ketua keluarga di Malaysia.

Isteri Hanya Beli Bahan Mentah Tapi Tak Masak

Apa yang menjadi perhatian adalah fenomena yang dimaksudkan rupanya gelagat isteri yang hanya membeli bahan mentah atau ramuan untuk resepi namun tidak digunakan langsung.

“Fenomena ini adalah satu fenomena di mana orang rumah membeli bahan mentah ataupun ramuan yang tidak digunakan.

“Tin, carbonara dalam tin tu, dah berapa bulan dia simpan. Cheese, sosej macam-macam sosej, wrap dan sebagainya.

“Semua ini dibeli tapi macam itulah, dia tak buat juga. Masalah ini memberikan impak yang besar kepada ekonomi rumah tangga dan ekonomi negara kita. Saya mohon berikan penjelasan,” katanya.

Khairul Aming Mohon Maaf Di Ruangan Komen

Menariknya, luahan lelaki itu turut mendapat perhatian Khairul Aming sehinggakan influencer itu memohon maaf kepada lelaki berkenaan.

“Saya mewakili persatuan single (bujang) mohon maaf bang. Baru tahu orang dah kahwin ada masalah ni rupanya 😭” tulisnya.

Ramai Terhibur, Ada Pengguna Tampil Pertahankan Kaum Isteri

Video yang telah mendapat lebih 2.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai terhibur dengan apa yang dikatakan oleh lelaki terbabit.

Ini kerana pengguna yang kebanyakannya terdiri daripada wanita mengakui apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut.

Namun, ada juga yang berseloroh mempertahankan isteri lelaki berkenaan kerana mereka juga berhadapan dengan situasi sama.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Saya Wakil Para Isteri Ingin Beri Penjelasan Kepada Para Suami, Berkaitan Membeli Tapi Belum Buat”

“Kenapa Abang Buat Video Ini, Kalau Suami Saya Tengok, Sampai Krismas Dia Ulang”

“Abang Perli Saya Ke Ni, Kecil Hati”

“Saya Pun Kategori Beli Barang Tapi Tak Buat-Buat Macam Kulit Popia”

“Bukan Apa, Baru Beli Barang Yang KA Post Hari Ni, Esok Nampak Pula Menu Lain”

Baca Artikel Berkaitan: “30 Hari 30 Ujian” – Khairul Aming ‘Speechless’ Tengok Ramai Gagal Ikut Resepi Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Buat Streak Dah Kenapa” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Lelaki Ini Cuba Buat Resepi Khairul Aming Tapi Gagal

Baca Artikel Berkaitan: “Mashed Potato Ke?” – Wanita Ikut Resepi Puding Karamel Khairul Aming Tak Jadi Bikin Ramai Geli Hati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd