Now Reading
[Video] Ramai Puji Tindakan Keluarga Ini Ajak Rider Berbuka Puasa Ketika Hantar Parcel

[Video] Ramai Puji Tindakan Keluarga Ini Ajak Rider Berbuka Puasa Ketika Hantar Parcel

Dalam video tersebut, kelihatan penghantar barangan itu yang lengkap beruniform kerja sedang duduk di meja makan bersama-sama keluarga berkenaan ketika berbuka puasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sepanjang bulan Ramadan ini, pasti ada di antara kita yang berasa letih, lesu dan mengantuk kerana berpuasa lebih-lebih lagi jika jadual kerja yang padat.

Tidak dinafikan, ada yang terpaksa bergegas balik ke rumah setelah habisnya waktu kerja kerana ingin melakukan persiapan berbuka puasa bersama-sama keluarga.

Bagaimanapun, ada pula individu-individu yang terpaksa bertugas semasa waktu berbuka puasa demi menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Keluarga ajak penghantar barangan berbuka puasa bersama-sama

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita dikenali sebagai Dayah mendedahkan dia bersama keluarganya telah mengajak seorang penghantar barang yang sedang bertugas untuk berbuka puasa bersama-sama di rumah mereka.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Dayah berkata, mereka sekeluarga berasa kasihan melihat rider itu yang menghantar ‘parcel’ ketika waktu iftar.

“Ajak abang J&T makan di rumah. Kesian dia, orang berbuka puasa, dia hantar ‘parcel’,” tulisnya di dalam video.

Rider duduk semeja, makan nasi

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki terbabit yang lengkap beruniform kerja sedang duduk di meja makan bersama-sama keluarga Dayah.

Keluarga terbabit turut mensajikannya nasi berserta lauk-lauk lain yang terhidang di atas meja makan itu.

Dayah turut berkongsi lauk-lauk yang ada seperti sayur campur, sardin dan ayam masak lemak.

https://www.tiktok.com/@dayahdimana2/video/7480898084151627015

Netizen beri pujian dan ada yang kongsi pengalaman sama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian kepada Dayah sekelurga kerana mempunyai hati yang sangat murni untuk mengajak penghantar barangan terbabit berbuka puasa bersama-sama.

Tidak kurang juga segelitir netizen yang turut bekerja sebagai penghantar barangan berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka dahulu.

Besar ganjaran pahalanya jika kita memberi makan kepada orang yang sedang berkuasa.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd