Now Reading
[Video] Peniaga Terpaksa Tunjuk Cara Masak Lepas Pelanggan Makan Ketupat Frozen & Bagi Review 1 Bintang

[Video] Peniaga Terpaksa Tunjuk Cara Masak Lepas Pelanggan Makan Ketupat Frozen & Bagi Review 1 Bintang

Pada bahagian bungkusan ketupat frozen berkenaan turut terdapat cara penyediaan yang perlu dikukus selama 30 minit setelah air mendidih sebelum dimakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika sudah namanya peniaga, pelbagai ragam pelanggan dapat dilihat. Ada yang baik hingga sanggup berbelanja lebih demi produk yang dijual.

Ada juga yang memeningkan kepala dan cerewet hingga kadang kala penat untuk melayan.

Walaupun arahan telah diberi dan diletakkan pada produk, ada segelintir pelanggan yang malas untuk membaca hingga sanggup bertindak melulu memberikan review rendah kepada peniaga.

Pelanggan Bagi 1 Bintang Kerana Makan Ketupat Frozen Jatuh Berderai

Itulah yang dihadapi oleh seorang peniaga ketupat sejuk beku atau frozen apabila salah seorang pelanggannya memberi review satu bintang.

Review tersebut diberikan gara-gara pelanggan itu mendakwa ketupat frozen yang dibeli dari peniaga berkenaan jatuh berderai apabila dimakan.

Malah, dia siap melampirkan bukti dalam bentuk video dan meminta agar peniaga itu menyediakan ketupat yang boleh dimakan.

“Buka satu untuk cuba. Ketupat pecah berderai, macam mana ni? Tolong ganti dengan ketupat yang boleh dimakan,” tulis pelanggan berkenaan.

Peniaga Terus Tunjuk Cara Masak Ketupat

Tidak melatah dengan ulasan yang diberikan, peniaga ketupat berkenaan terus berkongsi cara memasak ketupat frozen jualannya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ frozen_foodie, peniaga lelaki itu terus memasukkan ketupat frozen dalam pengukus.

“Ok kak, yang betulnya, sebenarnya akak kena kukus dulu. Akak kena kukus dulu baru boleh makan kak.

“Saya ambil sampel 3,4 biji kemudian saya bawa dalam periuk kukus ni. Kita on (buka) api and then kita kukus, 30-40 minit dah boleh makan.

“Kalau dia tak kukus, macam mana boleh makan kak?” kata peniaga itu lagi.

Peniaga Siap Buat Perbandingan Sebelum & Selepas Ketupat Dimasak

Lebih menghiburkan, peniaga itu siap membuat perbandingan keadaan ketupat sebelum dan selepas dimasak.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat beras pulut ketupat yang belum dikukus jatuh berderai sama seperti video yang dikongsikan oleh pelanggan itu.

Manakala, ketupat yang telah dimasak pula tidaklah sebegitu rupa dan elok untuk dimakan.

“Haa nampak tak? Akak, abang kalau boleh janganlah rating saya macam tu. Sebenarnya kena kukus dulu, baru kita boleh makan.

“Kesian saya, saya hantar keadaan elok tapi kena rating 1 star,” katanya.

Malah, pada bahagian bungkusan juga turut terdapat cara penyediaan ketupat itu perlu dikukus selama 30 minit setelah air mendidih.

https://www.tiktok.com/@frozen_foodie/video/7480244405899693330

Ramai Kecam & Terhibur Dengan Gelagat Pelanggan

Video yang telah mendapat lebih 397,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai terhibur namun pada masa yang sama mengecam pelanggan berkenaan yang memberi review 1 bintang itu.

Ini kerana mereka berpendapat peniaga itu pastinya sudah meletakkan arahan penyediaan pada bungkusan ketupat frozen berkenaan.

Ada juga segelintir pengguna media sosial yang merupakan seorang peniaga barang frozen turut berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan sikap pelanggan sedemikian.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Kesiannya, Dah Tahun 2025 Pun Masih Ada Lagi Tak Tahu Ketupat Frozen Tu Kena Kukus Dulu Baru Boleh Makan”

“Segera Sangat Akak Ni, Tahula Ketupat Segera Tapi Bukan Macam Ni Konsep Segera”

“Pening Melayan Pelanggan Bila Kita Jual Makanan Frozen Ni”

“Apa Yang Saya Boleh Simpulkan Adalah ‘Membaca Amalan Mulia’ & ‘Malu Bertanya Sesat Jalan'”

“Nama Pun Ketupat Frozen, Bukan Ready To Eat”

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bungkus Bawa Balik” – Peniaga Dedah Ada Pelanggan Tak Bayar Makanan Tiap Kali Jamu Selera Di Kedai

Baca Artikel Berkaitan: “Gaji RM1.6K, Nak Beli Vios” – Jurujual Kongsi Ragam Anak Muda Nak Beli Kereta Tanpa Ukur Kemampuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd