Now Reading
[Video] Tak Perlu Beratur Panjang, Pengguna Bank Islam Kini Boleh Tukar Duit Raya Secara Online

[Video] Tak Perlu Beratur Panjang, Pengguna Bank Islam Kini Boleh Tukar Duit Raya Secara Online

Pengguna Bank Islam boleh membuat permohonan penukaran duit raya di aplikasi BIMB bermula 10 Mac sehingga 14 Mac ini dengan penukaran minimum RM100.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Cepatnya masa berlalu tanpa sedar rupanya sudah masuk minggu kedua umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Ini bermakna hanya berbaki dua minggu sahaja lagi bulan Syawal bakal menjelma.

Bagi kebanyakan orang, ada yang sudah mula membuat persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba dengan membeli baju atau membuat kuih raya.

Namun, ada satu perkara yang boleh memeningkan kepala iaitu menukar duit raya di bank.

Ini kerana proses menukar duit raya bukanlah mudah. Individu perlu datang dan kadang kala terpaksa beratur panjang sebelum mendapat duit yang diingini.

Orang Ramai Boleh Mohon Tukar Wang Secara Online Guna Aplikasi BIMB

Buat pengguna Bank Islam, kini anda sudah tidak perlu pening lagi fikirkan tentang proses tukar duit raya.

Ini kerana Bank Islam menerusi aplikasi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah memperkenalkan ciri khusus Jom Tukar Duit Raya sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menariknya, orang ramai tak perlu beratur panjang di bank. Pengguna kini boleh memohon pertukaran wang dan mendapatkan duit raya yang diingini.

Orang ramai boleh membuat permohonan bermula 10 Mac sehingga 14 Mac ini dengan syarat perlu membuat penukaran minimum RM100.

Wanita Kongsi Langkah Tukar Duit Raya Di Aplikasi BIMB

Jangan tidak tahu, rupanya ada yang dah cuba ciri terbaharu daripada Bank Islam itu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @enaizsati_, dia berkongsikan langkah dan cara yang tepat untuk membuat penukaran duit raya seperti:

#1. Isi Maklumat & Pilih Cawangan Berdekatan

Jelas wanita berkenaan, pengguna perlu mengisi beberapa maklumat serta memilih cawangan berdekatan sebelum membuat permohonan.

Pengguna diingatkan memilih cawangan yang berhampiran bagi memudahkan urusan kutipan duit raya.

#2. Letak Jumlah Duit Raya Yang Ingin Ditukar

Langkah seterusnya, pengguna perlu memasukkan jumlah wang yang ingin ditukar. Menariknya, individu boleh memilih mengikut wang kertas yang diingini sama ada RM1, RM5 atau RM10.

#3. Tunggu E-Mel Pengesahan Daripada Bank Islam

Selepas mengisi amaun yang diinginkan, pengguna hanya perlu menunggu e-mel pengesahan daripada pihak Bank Islam.

Dalam e-mel tersebut, pihak bank akan memberi pengesahan tentang proses duit raya yang dimohon.

Tiga langkah mudah ini juga turut dikongsikan oleh Bank Islam di media sosial rasmi mereka.

Proses Penukaran Hanya Boleh Dilakukan Sekali Sahaja

Pada masa yang sama, wanita berkenaan mengingatkan orang ramai bahawa proses ini hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.

“Korang benda ini (tukar duit raya) ini sekali je boleh apply (mohon). Sebab lepas aku apply, ingat nak topup lagi, dah tak boleh.

“So, kalau nak tukar, fikir habis-habisan hendak tukar berapa,” kongsinya lagi.

Buat pengguna Bank Islam, anda boleh muat turun aplikasi BIMB di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Galery.

https://www.tiktok.com/@enaizsati_/video/7480431927779101970?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7410966857291793928

Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak Untuk Tujuan Simpanan Pendidikan

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Urus Duit Raya Anak Sama Rata? Ini Penjelasan Tentang Hukum Sebenar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd