Ini Langkah Mudah Daftar & Isi E-Filing Cukai Pendapatan 2024
Apa yang paling penting adalah anda perlu mendapatkan nombor cukai pendapatan (nombor TIN) terlebih dahulu sebelum mengisi e-Filing.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semua pasti tahu rakyat Malaysia yang sudah bekerja dan cukup syarat diwajibkan untuk membuat pentaksiran cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Justeru bermula 1 Mac setiap tahun, mereka yang layak ini perlulah mengisytiharkan pendapatan mereka sekaligus membayar cukai sekiranya perlu.
Baca artikel berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Sebenarnya Jumlah Gaji Yang Layak Dikenakan Cukai Pendapatan
Dengan teknologi yang semakin canggih, ramai dari pembayar cukai kini dilihat lebih selesa menggunakan kaedah e-Filing iaitu penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik menerusi laman web LHDN.
Mungkin isu ini bukanlah satu perkara besar untuk mereka yang sudah lama menggunakan e-Filing, namun bagi anda yang pertama kali, pasti ia agak merumitkan.
Terbaharu seorang pengguna X, Suraya telah berkongsi panduan untuk mengisi borang e-Filing LHDN bagi tahun 2024 buat mereka yang pertama kali mahu mengisi.
Buat first timer atau pembayar cukai baharu, teruskan membaca di bawah, manakala yang sudah pernah terus ke langkah ke-5.
#1 Mohon nombor PIN/Sijil Digital
Jadi untuk mereka yang pertama kali membuat e-Filing, pastikan anda sudah mempunyai nombor cukai pendapatan terlebih dulu. Jika tiada dapatkan nombor cukai pendapatan anda:
i) Secara dalam talian: Terus ke MyTax (sini) dan pilih e-Daftar.
ii) Secara fizikal: Berkunjung ke cawangan LHDN berhampiran & isi borang CP600
Namun, semakan kami mendapati bermula 1 Januari 2024, permohonan pendaftaran Nombor Pengenalan Cukai (TIN) individu hendaklah dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax.
Pastikan anda sudah menyediakan dokumen sokongan terlebih dahulu.
Jika anda menggunakan e-Daftar, dokumen sokongan yang diperlukan:
- Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
- Sijil Pendaftaran Perniagaan buat individu yang menjalankan perniagaan.
Yang buat secara manual, empat dokumen sokongan yang perlu disediakan:
- Borang CP600
- Kad Pengenalan
- Sijil SSM buat individu berniaga
- Penyata pendapatan atau slip gaji.

#2 Daftar masuk kali pertama untuk dapatkan nombor pin
Setelah dapat nombor cukai pendapatan, anda perlu yakni pengguna kali pertama perlu log masuk ke MyTax dengan memasukkan nombor kad pengenalan untuk mendapatkan nombor pin akaun MyTax.
Untuk mengakses MyTax, anda perlu mempunyai sijil digital. Bagaimana nak dapatkan? Mudah sahaja, terus klik pada butang e-CP55D sebaik sahaja anda log in MyTax dan lengkapkan borang tersebut.

#3 Semak maklumat & sahkan e-mel untuk pengaktifan akaun
Pastikan anda mengisi dan menyemak maklumat dengan betul. Jika e-mel itu adalah betul, klik ‘YA’ jika salah, klik ‘TIDAK’ dan terus mengemas kini e-mel yang baharu.
Bila sudah siap isi, pautan pengaktifan log masuk buat kali pertama akan dihantar ke e-mel anda.
Perlu ingat, pautan ini hanya sah selama dua hari sahaja. Jadi, anda kena terus klik pautan tersebut bagi tujuan pengaktifan akaun.


#4 Aktifkan akaun & cipta frasa keselamatan
Kemudian, anda perlu mengaktifkan akaun dengan cara memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor pin.
Sebaik sahaja berjaya masuk ke MyTax, anda perlu cipta frasa keselamatan terlebih dahulu sebelum klik setuju dan hantar.

#5 Daftar masuk ke MyTax & pilih tahun taksiran 2024
Inilah permulaan segalanya. Tidak kiralah anda baru pertama kali atau pernah mendaftar, ini langkah sebenarnya untuk mengisi e-filing.
Mudah sahaja! Seperti biasa, pergi ke laman web MyTax, masukkan nombor kad pengenalan dan daftar masuk.
Klik pada bahagian ezHasil dan pilih e-Filing. Kemudian, klik e-Borang dan pilih tahun taksiran 2024.


#6 Pilih status & isi maklumat pada borang EA dengan betul
Pastikan anda mengenal pasti dan memilih status sama ada sebagai individu pemastautin, bukan pemastautin dan bukan individu (syarikat dan lain-lain).

Isi maklumat yang diperlukan dengan betul mengikut borang EA. Jika anda sudah lengkap mengisi maklumat, anda boleh tahu sama ada anda perlu membayar cukai atau tidak.
Jika kurang, anda perlu membayar cukai. Jika ada lebihan, LHDN akan membuat bayaran dalam masa terdekat.
Jika sudah lengkapkan dan pastikan maklumat dengan betul, klik tandatangan dan hantar untuk sahkan e-Filing.
Mudah sahajakan? Tiadalah rumit seperti disangka kalau kena caranya. Jangan lupa simpan maklumat penting untuk memudahkan pengisian borang pada tahun hadapan.
Elakkan juga dari melakukan empat perkara ini jika tidak mahu dihubungi oleh LHDN.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Sebab Kenapa Anda Akan Dihubungi LHDNM Walaupun Dah Buat e-Filing
Jika anda mahu mendapatkan maklumat atau info lanjut tentang e-Filing, anda boleh layari laman web rasmi LHDN di sini.
Info Tentang Pelepasan Cukai
Ini infografik senarai pelepasan cukai taksiran untuk tahun 2024.

Step-by-step register & isi e-Filing MyTax LHDN untuk first timer.
— Suraya (@anisssurayaaa) March 6, 2025
Memang mula-mula nampak pening, tapi sekali dah buat, next year tinggal log in, isi borang & update setahun sekali je.
Ini adalah thread 🧵 pic.twitter.com/7R1XSdi0YH
Baca Artikel Berkaitan: T20 Sumbang 85% Cukai Pendapatan Peribadi Pada Tahun 2022 – LHDN
Baca Artikel Berkaitan: LHDN Wajibkan Guna E-Perkhidmatan Bagi Pencukaian Bermula 1 September
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.