[Video] Jom Kupas Filem Raya Yang Menyentuh Jiwa, Sentuhan Istimewa Dari Julie’s
Bukan hanya sekadar filem biasa, Selamat Lari Raya dari Julie’s tahun ini penuh dengan mesej yang tersirat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Masih ingatkah anda sewaktu zaman persekolahan suatu ketika dahulu, ada satu subjek yang dipanggil sebagai KOMSAS? Setiap pelajar diminta untuk menganalisis dan mengupas watak serta tema dalam novel antaranya seperti Konserto Terakhir, Sehangat Asmara, Julia dan lain-lain.
Ini kerana setiap naskhah bukan sekadar menyajikan cerita tetapi mempunyai mesej tersirat untuk dijadikan pengajaran.
Samalah seperti sebuah filem. Ia bukan sekadar hiburan untuk menghiburkan penonton semata-mata. Ia merupakan hasil seni yang sarat dengan mesej, simbolisme dan naratif yang boleh dikupas dari pelbagai sudut.
Untuk tahun ini, jenama biskut terkenal Julie’s tampil dengan naskhah istimewanya ‘Selamat Lari Raya’ sempena lebaran yang bakal tiba.
Filem pendek ini bukan sekadar filem raya biasa. Ia membawa penonton menyelami erti sebenar penebusan dan kemaafan dari lensa seorang lelaki, Johan yang terperangkap dengan masa silam.
Jom hayati dan selami maksud tersirat buah tangan dari Julie’s ini.
Selamat Lari Raya – Karya Penuh Dengan Simbolisme & Metafora
Naskhah raya dari Julie’s pada tahun ini sememangnya kaya dengan elemen simbolisme dan metafora menjadikan ia lebih dari sekadar filem biasa.
Menerusi naratif yang tersusun dan penuh makna, filem pendek ini mengajak penonton untuk sama-sama memahami dan menghayati erti kemaafan sebenar.

#1. Watak Johan Yang Suka ‘Lari’ Dari Kenyataan
Jika diperhatikan, watak utama, Johan dalam filem ini sering kali digambarkan seorang yang suka melarikan diri dari hakikat dan juga ahli keluarganya.
Namun, sebenarnya dia sedang berperang dengan perasaan dek kerana penyesalan dan rasa bersalah atas apa yang pernah berlaku pada masa lalu.
Wataknya yang suka melarikan diri juga melambangkan ketakutannya yang enggan menerima kenyataan untuk berdepan dengan kesilapan lampau.

#2. Bayangan Arwah Nenek – Rasa Bersalah Yang Menghantui Diri
Watak nenek Johan, Melati dalam filem ini pula bukanlah hanya sekadar bayangan roh yang menghantui cucunya itu.
Sebaliknya, ia menggambarkan cerminan emosi dan rasa bersalah dalam diri Johan yang terperangkap dalam dunia masa lalunya.
Oleh sebab itu, Melati terus ‘hidup’ dan sentiasa ‘mendampingi’ Johan hingga ada yang menyangkakan pemuda ini sudah separa gila walhal tujuannya adalah untuk memastikan Johan bersedia memaafkan dirinya sendiri.

#3. Ritual Wuduk & Pantulan Air Kolam
Jika diteliti babak Johan berada di singki untuk mengambil wuduk sewaktu di penjara menjadi titik perubahan pada watak utama itu.
Pantulan wajah Johan di dalam air menjadi simbol perjalanan introspektifnya yang menggambarkan dia sudah mula ‘terjaga’ dan dapat menerima hakikat bahawa kemaaafan sebenar bermula dari dalam diri.
Malah, elemen metafora pada babak ini dapat ditonjolkan sewaktu Johan mencuci mukanya dengan air yakni seperti sedang berwuduk. Ini kerana wuduk adalah lambang penyucian diri seolah-olah watak protagonis ini sedang dalam proses membersihkan jiwa daripada rasa bersalah dan penyesalan.

#4. Percubaan Datuk Masuk Penjara Lambang Kasih Sayang Keluarga
Pengorbanan datuk Johan iaitu watak Pak Hassan yang sanggup melakukan jenayah kecil demi bertemu cucunya yang bergelar banduan melambangkan kasih sayang yang tidak ternilai.
Demi bertemu cucu kesayangan yang suka ‘berlari’ dan memencilkan diri membuatkan Hassan nekad melakukan jenayah semata-mata untuk bersatu semula dengan Johan di penjara.

#5. Love Letters Tanda Ingatan & Kehangatan Kasih Sayang
Walaupun dipisahkan tembok penjara, Hassan tetap mengutus surat atau Love Letter’s sebagai tanda ingatan dan kasih sayang yang tidak pernah pudar terhadap Johan.
Warkah itu bukan hanya coretan biasa sebaliknya menjadi penghubung di antara seorang atuk dan cucu walaupun Johan masih terbelenggu dengan kisah silam.
Julie’s Biscuit dilihat kreatif apabila cuba mengaitkan surat yang diterima dengan produk popularnya iaitu Love Letters.

Struktur Naratif Selamat Lari Raya Tersusun, Lengkap Dengan Klimaks & Peleraian!
Harus diakui, naskhah istimewa dari Julie’s kali ini disusun dengan struktur naratif yang lengkap dengan elemen klimaks serta peleraian yang mampu memberi kesan kepada emosi penonton.
Bermula dari kisah Johan yang merupakan seorang banduan yang dihantui oleh bayangan neneknya sendiri serta suka melarikan diri dari datuk kesayangan sehinggalah konflik memuncak apabila datuknya nekad melakukan jenayah kecil semata-mata mahu bersamanya di penjara.
Klimaks filem ini bermula apabila Johan akhirnya bertemu empat mata dengan Hassan. Dari situlah komunikasi dua hala antara mereka bermula dan Johan secara perlahan-lahan berjaya diyakinkan oleh Pak Hassan untuk belajar menerima hakikat bahawa dia perlu memaafkan dirinya sendiri.
Bahagian peleraian diakhiri dengan jayanya apabila kesungguhan Pak Hassan membuahkan hasil sebaik Johan mula menerima kemaafan dan bersedia untuk memulakan kehidupan yang baru.

Selamat Lari Raya, Naskhah Kreatif Julie’s Tentang Kemaafan
Kesimpulannya, filem Selamat Lari Raya bukan hanya sekadar filem biasa namun sebuah naskah yang sarat dengan pengajaran dan kasih sayang.
Skrip dan plot dilihat mampu ‘mengajar’ penonton tentang erti kemaafan sebenar yang bukan hanya sekadar lafaz di bibir sebaliknya datang dari kesedaran diri dan sudut hati yang ikhlas.
Ramai yang sering menganggap Hari Raya Aidilfitri hanyalah satu perayaan untuk menghimpunkan sanak saudara, makan ketupat atau menggayakan baju baru semata-mata.
Namun, lihatlah maksud tersirat di sebalik makna lebaran itu sendiri. Ia sebenarnya lebih dari apa yang disangkakan. Hari Raya adalah hari kemenangan, tentang pembaharuan, peluang kedua dan paling penting sekali adalah kemaafan.
Jadi tanya pada diri anda sendiri. Adakah kita betul-betul gembira di Hari Raya walaupun masih belum belajar untuk memaafkan diri sendiri?
Jom tonton filem pendek Selamat Lari Raya dan hayati mesej yang bakal menyentuh hati anda.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.