[Video] Doktor Nasihat Jangan Minum Air Kosong Sahaja Ketika Sahur, Ini Sebabnya
Menurut doktor terbabit, minum air kosong sahaja ketika sahur boleh menyebabkan badan menjadi lemah, lesu serta cepat dehidrasi sepanjang berpuasa.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, kebanyakan umat Islam pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk bersahur pada awal pagi sebelum waktu fajar.
Bersahur bukanlah sesuatu yang wajib, namun ia merupakan perbuatan yang sunat dan sangat dituntut dalam syariat.
Tidak dinafikan, ada sesetengah Muslim yang tidak berselera untuk makan di waktu sahur dan hanya memilih untuk meminum air kosong sahaja kerana berpendapat ia sudah mencukupi untuk mengharungi ibadah puasa di siang hari.
Doktor nasihat jangan minum air kosong sahaja ketika sahur
Bagaimanapun, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Hakim pada baru-baru ini menasihati umat Islam agar tidak hanya bersahur dengan meminum air kosong sahaja.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, beliau berkata, perbuatan meminum air kosong sahaja boleh menyebabkan badan menjadi lemah, lesu serta cepat dehidrasi sepanjang berpuasa.
“Air kosong sahaja tidak cukup, badan kita sebenarnya perlukan ‘electrolyte’ untuk kekal bertenaga dan untuk elakkan pening kepala, sakit badan dan ‘lembik’ masa bulan puasa terutamanya pada waktu pagi,” katanya.
Tambah sedikit ‘celtic salt’ dalam minuman
Menurut Dr Hakim, solusi bagi perkara itu sangat lah mudah iaitu dengan hanya menambah sedikit ‘celtic salt’ ke dalam air kosong.

Jelasnya, celtic salt mempunyai garam mineral yang lebih tinggi membolehkan badan menyerap air dengan lebih ‘efficient’ (cekap).
“Apa-apa pun, jangan percaya mitos, bukan semua garam sebabkan darah tinggi. Garam celtic ini berbeza, ia membantu untuk seimbangkan mineral dalam badan kita dan elakkan kekejangan otot walaupun kita tak senaman di bulan puasa,” katanya lagi.
@iamdrhakim puasa tahun lepas kurma butter. Puasa tahun ni?
♬ original sound – Dr. Hakim – Dr. Hakim
Kelebihan Celtic Salt
Memetik laman perubatan Webmd, celtic salt adalah garam laut (sea salt). Ia juga turut disebut sebagai sel gris atau gray salt kerana sifatnya yang berwarna kelabu.
Saiznya juga sedikit besar berbanding garam biasa yang digunakan dalam masakan.
Sementara itu, memetik Neuroversiti, celtic salt mempunyai pelbagai kelebihan lain antaranya ialah:
- Raja segala mineral
- Tingkatkan penyerapan nutrien
- Bantu sihatkan sistem usus
- Penyeimbangan elektrolit semula jadi
- Bersifat ‘skin soothing’
- Turunkan tekanan darah tinggi
- Penambah rasa semula jadi
- Kurangkan lendir pada salur tekak dan paru-paru
- Cegah ‘iron deficiency’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Vintage Items At Home, Perks Of Having Hoarder Parents