Nak Scaling Gigi Di Bulan Ramadan Tapi Takut Batal Puasa? Ini Penjelasannya
Selain scaling, antara rawatan lain yang boleh dilakukan ketika di bulan puasa adalah pemeriksaan gigi, tampalan dan whitening namun bersyarat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Lebih kurang sehari sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia bakal menjalani ibadah puasa.
Sudah pastinya ramai yang teruja menantikan kehadiran bulan mulia ini hingga ada yang sanggup memperlahankan aktiviti bagi memberi tumpuan kepada Rukun Islam ketiga ini.
Pun begitu, ada sesetengah perkara yang terpaksa dilakukan oleh segelintir individu atas faktor kesihatan contohnya rawatan gigi.
Namun, pasti ada yang tertanya-tanya bolehkah rawatan sebegitu dilakukan ketika di bulan puasa.
Buat Rawatan Gigi Tidak Batalkan Puasa
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh seorang doktor gigi di platform X @iamdrjoe, dia menjelaskan bahawa membuat rawatan gigi ketika bulan Ramadan tidak akan membatalkan puasa.
Jelasnya yang merujuk kepada Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), rawatan pergigian boleh dilakukan walaupun seseorang itu sedang berpuasa.
Malah, doktor gigi itu turut berkongsikan jenis rawatan gigi yang tidak membatalkan puasa antaranya seperti:
- Pemeriksaan gigi
- Pengambilan X-ray gigi
- Tampalan
- Scaling
- Suntikan bius & cabutan
- Membuat gigi palsu
- Whitening (pemutihan) gigi
"Doktor, kalau buat scaling time bulan puasa nanti akan batal puasa tak?"
— Jœ 🦷🪥🇲🇾 (@iamdrjoe) February 28, 2025
Jawapan ringkas = TAK batal
Mengikut 'Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit' oleh JAKIM, rawatan pergigian masih boleh dilakukan semasa sedang berpuasa.
Antara rawatan pergigian yang TIDAK membatalkan… pic.twitter.com/9TriUYSWfY
Batal Puasa Jika Telan Dengan Sengaja
Namun, puasa seseorang muslim itu boleh terbatal jika dia menelan sesuatu dengan sengaja.
“Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan atau pembersihan gigi dan memberus gigi dengan siwak (tooth cleanser) dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut,” tulis JAKIM menerusi garis panduan berkenaan.
Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga turut menerangkan pendapat yang sama.
“Berdasarkan pandangan Keputusan Majma’ al-Fiqhi al-Islami [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] yang menjelaskan bahawa perkara berikut tidak membatalkan puasa:
“Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut,” terang mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Tak Sempat Mandi Wajib Sebelum Masuk Waktu Subuh, Sah Ke Puasa?
Baca Artikel Berkaitan: Rawatan ‘Scaling’ Gigi Menerusi Janji Temu Di Aplikasi MySejahtera Harga RM3 Je! Biar Betul?
Baca Artikel Berkaitan: Pakai Lipstick Ketika Berpuasa: Sah Atau Batal? Ini Penjelasan Pendakwah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.