Now Reading
“Orang Islam Pun Buat” – Trend ‘Baju Butterfly’ Cetus Kebimbangan Ramai

“Orang Islam Pun Buat” – Trend ‘Baju Butterfly’ Cetus Kebimbangan Ramai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semakin hari semakin banyak teknologi baharu yang dihasilkan sehingga ia mula tular dan digunakan secara meluas di media sosial.

Antara trend yang popular dan menjadi ikutan ramai adalah penyuntingan gambar dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Seperti sebelum ini, tular mengenai trend menyunting gambar statik kepada video pendek yang memaparkan aksi Kung Fu sehingga meraih pelbagai reaksi wargamaya.

Trend ‘baju butterfly’ pula di media sosial

Terbaharu, tular pula di media sosial trend ‘baju butterfly’ yang menjadi ikutan ramai termasuk rakyat di Malaysia tidak kira perempuan mahupun lelaki.

Trend tersebut menukar pakaian seseorang menjadi baju crop top berbentuk rama-rama yang mendedahkan sebahagian daripada badan seperti lengan dan perut menerusi sebuah aplikasi penyuntingan.

Gambar sebelum dan selepas disunting

Jelas, perkara terbabit amatlah tidak bersesuaian untuk dilakukan terutamanya bagi umat Islam kerana ia boleh membawa kepada fitnah apabila aurat didedahkan melalui penyuntingan AI.

Susulan itu, ramai yang menzahirkan kebimbangan mereka terhadap trend baju butterfly ini yang semakin menjadi ikutan ramai termasuk umat Islam.

Wanita jaga kehormatan diri, elak kongsi gambar di media sosial

Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok @bintujlnii, pemilik akaun terbabit menasihati para wanita untuk menjaga kehormatan diri dan elakkan daripada berkongsi gambar diri di media sosial kerana dikhuatiri boleh menjadi mangsa terhadap teknologi AI sebegini.

“Trend ‘baju butterfly’ adalah trend yang macam tak cukup kain. Yang perempuan beragama Islam pun terhegeh-hegeh nak join sekali. Nak tanya sifat malu awak ke mana? Maruah letak mana?

“AI sekarang ini memang bahata sebab itu perempuan elakkan muat naik gambar di media sosial. Takut-takut ada orang berniat buruk sunting gambar sampai nampak macam perlihatkan aurat,” tulisnya.

Tak salah wanita pakai baju butterfly sebenar, asalkan untuk tatapan suami sahaja

Seorang lagi wanita yang juga guru bahasa Arab, Suzana Sulaiman menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya turut menasihati orang ramai terutamanya kaum hawa untuk tidak melakukan trend ini.

“Heran betul segelintir masyarakat kita. Apalah faedah dapat dengan ikut trend yang membodohkan diri sendiri, menghina maruah diri,” katanya.

Menurutnya, seseorang wanita boleh membeli dan berpakaian sedemikian asalkan ia hanyalah untuk tatapan suami sahaja di rumah.

“Rama-rama tidak berdosa dalam soal trend baju butterfly ini. Ia makhluk Allah yang dijadikan inspirasi fesyen. Yang berdosa ialah manusia yang memakainya pada tempat dan waktu yang salah,” katanya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Dengar Pun Dah Malu” – Wanita Ikut Trend Tarian ‘Sesak Nafas’ Di TikTok Raih Kecaman [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Trend Edit Gambar Guna AI Jadi Video Kung Fu [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd