Now Reading
Tular Lelaki Didakwa Cuba ‘Rogol’ Budak Perempuan Tengah Solat Dalam Masjid

Tular Lelaki Didakwa Cuba ‘Rogol’ Budak Perempuan Tengah Solat Dalam Masjid

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kenyataan media juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebentar tadi, kecoh di media sosial mengenai satu hantaran yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang kanak-kanak perempuan didakwa menjadi mangsa cubaan rogol oleh seorang lelaki di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor.

Kejadian tersebut tular dan mendapat perhatian ramai setelah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Azmin Saberi.

Menerusi hantaran berkenaan, kejadian dikatakan berlaku pada awal pagi tadi (21 Februari) ketika mangsa dan jemaah-jemaah yang lain sedang solat Subuh.

Lelaki selinap masuk ruangan solat wanita, angkat mangsa bawa ke tempat lain

Dalam rakaman CCTV itu, kelihatan lelaki terbabit menyelinap masuk ke ruangan jemaah wanita sebelum mengangkat mangsa yang berada di saf paling belakang ketika kanak-kanak itu sedang sujud.

Kanak-kanak perempuan yang lengkap berpakaian sekolah itu kemudiannya didukung secara paksa ke ruangan berbeza di dalam masjid tersebut.

Dalam satu lagi video berbeza, kelihatan lelaki berkenaan seperti cuba melakukan sesuatu tindakan yang tidak senonoh terhadap kanak-kanak berkenaan.

Ini jelas kelihatan berdasarkan reaksi kanak-kanak itu yang seperti dalam keadaan meronta dan menangis.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadam Azmin Saberi kerana kes tersebut masih di dalam siasatan.

“Salam saya terpaksa padam hantaran pagi tadi sebab (kes dipercayai) masih dalam siasatan.

“Apa pun niat saya supaya pelaku diambil tindakan sebab sebagai seorang bapa, saya juga amat risau jika kejadian tersebut terjadi kepada kita. Lagi sekali (saya tegaskan) pelaku mesti diambil tindakan,” katanya dalam satu posting terbaharu.

Caprice turut kongsikan, harap pelaku segera ditangkap polis

Rakaman tular kejadian itu turut dikongsikan oleh penyanyi rap dan aktivis, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 37, di akaun Instagram miliknya.

Menurut Caprice, dia juga berharap agar pihak polis segera menahan dan menangkap lelaki terbabit.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial juga turut berasa geram dengan tindakan lelaki berkenaan dan berharap perkara sama iaitu ditangkap dan dijatuhi hukuman.

Polis sahkan terima laporan, siasatan sedang dijalankan

Memetik FMT, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat itu.

Menurutnya, kenyataan media juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat, lapor Kosmo.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd