Kerjasama Grab & Tourism Malaysia Bawa Citarasa Tempatan Ke Pentas Antarabangsa
Pada majlis GrabFood 5-Star Awards 2024 semalam (19 Februari), Grab Malaysia turut memeterai Memorandum Kerjasama Dengan Tourism Malaysia bagi merancakkan lagi pelancongan makanan negara.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semalam (19 Februari), Grab Food Malaysia telah menganjurkan acara GrabFood 5-Star Awards 2024 sebagai pengiktirafan kepada kedai makan yang telah berjaya memikat selera jutaan rakyat Malaysia.
Sebanyak 148 restoran terbaik telah disenarai pendek bagi tahun 2024 dan orang ramai khususnya penggemar makanan berpeluang untuk mengundi restoran kegemaran mereka.
Sepanjang tempoh pengundian yang berlangsung pada 13 Januari hingga 5 Februari lalu, hampir 20,000 undian telah diterima dari setiap pelusuk negara.
Ini secara tidak langsung membuktikan sokongan padu masyarakat terhadap pemilihan tempat makan kegemaran mereka.

Iktiraf Kecemerlangan Pengusaha Restoran Dari Pelbagai Negeri
Dalam acara gilang-gemilang yang diadakan di M World Hotel Petaling Jaya itu, pelbagai kategori dipertandingkan antaranya Budget-Friendly Favourites, Rising Stars dan Best of the Best.
Menariknya, setiap pemenang datang dari pelbagai negeri yang menggambarkan kepelbagaian dan keunikan masakan Malaysia.
Antara pemenang termasuklah Restoran Grill Fish bagi kategori Best of the Best and Nasi Ayam Gepuk Original Korn Kitchen untuk kategori Rising Stars yang diiktiraf atas kerja keras mereka dalam mengekalkan mutu dan kepuasan pelanggan.

Turut Perkenal Kategori Baharu
Malah, beberapa kategori baharu turut diperkenalkan termasuklah anugerah bagi rakan niaga iaitu Trending Dine-Out Restaurant.
Ia merupakan sebahagian usaha Grab dalam menghargai kejayaan rakan niaga yang bukan sahaja secara dalam talian malah termasuklah premis fizikal yang sejajar dengan perkembangan dinamik industri makanan dan minuman.
Menurut Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Jiong Jian Tan, aplikasi itu kini dilihat menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia sebagai platform mencari makanan.

“Grab kini telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup rakyat Malaysia dalam mencari dan menikmati hidangan, menawarkan lebih daripada sekadar kemudahan – kami merupakan platform untuk menemui kelazatan tempatan, menyokong bakat kulinari tanah air dan menghubungkan masyarakat dengan restoran pilihan mereka.
“GrabFood 5-Star Awards merupakan pengiktirafan kami terhadap pencapaian cemerlang rakan niaga, di samping mengukuhkan komitmen kami dalam membantu mereka berkembang maju melalui inovasi teknologi, pandangan industri yang bernilai dan perwujudan permintaan.
“Pada tahun 2024, rakan niaga GrabFood secara kolektif meraih pendapatan melebihi RM3 bilion, dengan PKS mencatatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya, membuktikan keberkesanan platform digital dalam memacu pertumbuhan lestari perniagaan tempatan,” katanya.

Pemenang Anggap Anugerah Bantu Kukuh Jenama
Bagi pemenang Crowd’s Favourite Healthy Asian Food, Nengbakso, pengasasnya iaitu Noerisda dan Bazirah mendedahkan penganugerahan ini merupakan pencapaian terbesar dan dilihat membantu mengukuhkan jenama mereka.
“Memenangi anugerah GrabFood 5-Star buat pertama kali adalah pencapaian besar bagi kami. Maklum balas dan penilaian pelanggan membantu membina kepercayaan, mendorong tempahan berulang serta meningkatkan kesedaran tentang restoran dan hidangan istimewa kami.”
“Dengan sokongan alat pemasaran dari Grab, kami dapat menjangkau lebih ramai pelanggan, mengukuhkan jenama, dan akhirnya meningkatkan jualan,” katanya.

Malah, pemenang kategori Crowd’s Favourite Healthy Food iaitu CEO dan pengasas bersama Agrain, Kee Wei Chuah turut mempunyai pendapat yang sama.
“Kami sentiasa berusaha untuk memahami kehendak pelanggan dan memastikan kami dapat memenuhinya. Memenangi anugerah ini bukan sekadar soal pengiktirafan – ia juga membantu mengukuhkan jenama kami.
“Aplikasi Grab memainkan peranan penting dalam meningkatkan keterlihatan kami. Dengan lebih banyak keterlihatan, lebih banyak peluang untuk Agrain berkembang maju,” jelasnya.

Perkasa Sektor Pelancongan Malaysia Dengan Kerjasama Bersama Tourism Malaysia
Pada masa yang sama, acara yang penuh gilang-gemilang ini turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama bersama Tourism Malaysia.
Ia bertujuan untuk melonjakkan lagi sektor pelancongan negara disamping membuka peluang baharu kepada pengusaha makanan tempatan.
Jelas Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy, pihaknya amat berbangga dengan jalinan kerjasama bersama Grab Malaysia sekaligus memartabatkan Malaysia sebagai hab makanan serantau.
“Inisiatif seperti GrabFood 5-Star Awards bukan sahaja mempamerkan kepelbagaian sajian kita, malah turut memperkasa para usahawan tempatan untuk melonjak lebih jauh.
“Kami berharap dapat memanfaatkan platform Grab dan jaringannya yang luas untuk memudahkan pelancong dan pengembara menemui lokasi-lokasi makanan di seluruh Malaysia, sekaligus memperkaya pengalaman dan penghayatan mereka terhadap warisan makanan kita yang tidak ternilai.
“Selain itu, kami berharap inisiatif ini akan membuka lebih banyak platform kepada syarikat korporat lain untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia sebagai rakan strategik dalam perjalanan kami menuju VM2026 (Tahun Melawat Malaysia 2026),” katanya.

Bukan Hanya Rakyat Tempatan, Pelancong Asing Turut Guna Aplikasi Grab
Malah, platform Grab menjadi nadi kepada 1 daripada 20 orang di seluruh Asia Tenggara, membuktikan jangkauan luasnya dan peranan dalam menghubungkan komuniti.
Menariknya, dengan 65% pelancong asing yang menggunakan aplikasi ini, Grab dilihat mampu menjadi pemudah cara untuk mereka meneroka pengalaman dan citarasa tempatan yang tulen.
Perkongsian strategik itu juga dijangka akan membuka lembaran baharu buat pengusaha perniagaan makanan tempatan sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi kulinari bertaraf dunia.
Grab juga memudahkan pelancong untuk meneroka dan menikmati warisan kulinari Malaysia melalui restoran 5-star dari pelbagai negeri yang berperanan sebagai tarikan gastro-pelancongan.
Tidak hanya itu, acara GrabFood 5-Star Awards turut diserikan dengan hasil karya pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman.

Nak tahu info lanjut atau senarai penuh pemenang mengikut kategori, anda boleh layari melalui pautan ini.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.