Now Reading
Ramai Lelaki Kelantan Pilih Wanita Thailand Jadi Pasangan Hidup

Ramai Lelaki Kelantan Pilih Wanita Thailand Jadi Pasangan Hidup

Sebanyak 308 permohonan pas pasangan suami isteri diterima daripada lelaki Kelantan untuk bernikah dengan wanita Thailand bagi tahun 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih seseorang itu sebagai teman hidup.

Selain rasa cinta dan faktor kewangan, terdapat faktor lain seperti sikap sebagai kriteria utama dalam menjadikan seseorang itu sebagai pasangan.

Malah, ada juga yang menilai dari sudut geografi seperti asal usul pasangan sebagai faktor utama.

Lelaki Kelantan Lebih Selesa Pilih Wanita Thailand Sebagai Isteri

Jika kebanyakan individu lebih selesa memilih pasangan berasal dari negeri yang sama namun lain pula dengan segelintir lelaki di Kelantan yang memilih pasangan dari negara jiran.

Ia dapat dilihat apabila adanya peningkatan permohonan pas pasangan suami isteri bagi kategori berkenaan bagi tahun 2022 hingga 2024.

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan, pihaknya telah menerima 308 permohonan pas berkenaan daripada lelaki di negeri itu untuk bernikah dengan wanita Thailand pada tahun 2024.

Lelaki Thailand Turut Pilih Wanita Kelantan Sebagai Pasangan

Jelasnya, jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding tahun 2023 iaitu 341 permohonan namun meningkat berbanding tahun 2022 iaitu sebanyak 175 permohonan.

“Selain itu, kita juga menerima permohonan lelaki dari Thailand yang mahu mendirikan rumah tangga dengan wanita Kelantan, namun jumlahnya tidak setinggi lelaki tempatan menikahi wanita Thailand.

“Sebanyak 78 permohonan permohonan pas pasangan suami isteri daripada lelaki Thailand pada tahun lalu, 57 permohonan pada 2023 dan 31 permohonan untuk 2022,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Lelaki Pakistan Turut Jadikan Wanita Kelantan Sebagai Isteri

Pada masa yang sama, Mohamed Yusoff Khan menjelaskan pihaknya mendapati jejaka Pakistan turut berminat dengan wanita tempatan.

Ini kerana ramai yang mengemukakan permohonan pas pasangan suami isteri untuk berkahwin dengan wanita tempatan sejak tiga tahun ini.

Berdasarkan rekod, 34 orang lelaki Pakistan telah membuat permohonan untuk berkahwin di negara ini pada tahun lalu.

“Kita dapati 27 permohonan pas pasangan suami isteri dimohon oleh warganegara Pakistan pada 2023 manakala 31 permohonan untuk 2022.

“Bukan hanya sekadar lelaki Pakistan yang mahu berkahwin dengan wanita tempatan, tetapi lelaki Kelantan juga ada mengemukakan permohonan untuk bernikah dengan wanita Pakistan,” katanya.

Ada Lelaki Kelantan Pilih Mahu Berkahwin Dengan Wanita Pakistan

Tambahnya lagi, bagi tahun 2024, terdapat sembilan permohonan daripada lelaki tempatan untuk melangsungkan perkahwinan bersama wanita Pakistan.

Namun, hanya lima permohonan dicatatkan pada tahun 2023 dan 10 permohonan pada tahun 2022.

“Berdasarkan statistik itu, secara kasarnya kita dapat lihat jumlah warganegara tempatan berkahwin dengan warga asing di Kelantan dilihat semakin meningkat,” jelasnya.

Perkenalan Mungkin Berlaku Melalui Pelbagai Cara

Malah, dia tidak menolak kemungkinan perkenalan mereka berlaku melalui pelbagai cara.

“Siasatan mendapati, kemungkinan mereka yang mahu berkahwin dengan warga asing ini dikenalkan oleh kenalan, saudara-mara atau di tempat kerja.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan perkenalan mereka berlaku menerusi media sosial,” katanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd