Now Reading
Jualan Dummy Buckle Akan Diharamkan Di Pasaran – Anthony Loke

Jualan Dummy Buckle Akan Diharamkan Di Pasaran – Anthony Loke

MOT akan berbincang bersama KPDN agar penguatkuasaan dapat dilakukan ekoran tren penggunaan dummy buckle semakin membimbangkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada minggu lalu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf mendedahkan tren penggunaan Dummy Buckle atau alat nyah aktif penggera tali pinggang keledar di kalangan pengguna jalan raya berada pada tahap membimbangkan.

Manakan tidak, lebih 30% daripada 195 kesalahan yang dikesan dalam Operasi Khas Tahun Baru Cina (TBC) didapati menggunakan alat aksesori tersebut.

Keadaan ini sememangnya membahayakan keselamatan pengguna malah penggunaan aksesori tersebut boleh menyebabkan kesukaran ketika proses tuntutan insurans.

Baca Artikel Berkaitan: JPJ Bimbang Trend Pemandu Guna ‘Dummy Buckle’ Makin Menjadi-jadi

Bincang Dengan KPDN, Haramkan Jualan Dummy Buckle

Terbaharu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mendedahkan jualan Dummy Buckle akan diharamkan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Jelas beliau, kementeriannya akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar penguatkuasaan dapat dilakukan ekoran tren yang semakin membimbangkan.

Malah, Anthony menyifatkan penggunaan Dummy Buckle juga sebenarnya telah melanggar peraturan.

Ini kerana ramai yang tidak memakai tali pinggang keselamatan sewaktu memandu atau berada dalam kenderaan.

“Sebab kita tahu, kebanyakan kenderaan baharu sekarang ada sensor (penggera). Kalau tidak pakai tali pinggang keselamatan akan ada bunyi atau siren daripada kenderaan.

“Jadi mereka (yang membuat) ini adalah ‘orang yang kreatif’ dengan buat dummy buckle supaya sensor tidak berbunyi namun tidak pakai tali pinggang keselamatan.

“Jadi, kita akan berbincang dengan KPDN supaya diharamkan penjualannya di pasaran,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Mohon Pengguna Tidak Mengabaikan Keselamatan Jalan Raya

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban turut mengingatkan pengguna agar tidak mengabaikan keselamatan terutama ketika berada di jalan raya.

“Selalu saya katakan dan tegaskan pakai tali pinggang ini bukan sebab ada peraturan tetapi keselamatan.

“Jangan rasa bahawa elak daripada siren dan sebagainya tetapi tali pinggang keselamatan itu melindungi seseorang pemandu dan penumpang terutama di bahagian hadapan,” ujarnya.

Presiden CAP Pernah Suarakan Isu Dummy Buckle

Terdahulu, trend penggunaan Dummby Buckle turut mendapat perhatian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa agar Kementerian Pengangkutan (MOT) dan KPDN menyekat jualan aksesori tersebut.

Menurut Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, ketiadaan undang-undang yang melarang penjualan aksesori berkenaan menyebabkan ia kekal berada pada tahap yang membimbangkan.

“Walaupun usaha kesedaran mengenai risiko dummy buckle itu dilakukan sejak tahun 2020, namun penjualannya masih berterusan.

“Penjualannya di pasaran perlu diharamkan termasuk pembelian secara dalam talian.

“Malah gesaan ini sudah beberapa kali dibangkitkan CAP namun tiada tindakan,” jelasnya.

Stern Action Should Be Taken Against the Sales of Dangerous Car Accessories On 12th February, 2025, Free Malaysia Today…

Posted by Consumers Association Penang – CAP on Saturday 15 February 2025


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd