Now Reading
[Video] Terpisah Selama 6 Bulan Jalani Latihan Tentera, Si Ibu Berlari Nak Jumpa Anak Buat Ramai Sedih

[Video] Terpisah Selama 6 Bulan Jalani Latihan Tentera, Si Ibu Berlari Nak Jumpa Anak Buat Ramai Sedih

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan isi ibu berjalan dengan laju dan berlari anak seperti mengejar sesuatu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi kebanyakan orang, perpisahan merupakan satu perkara yang menyakitkan apatah lagi melibatkan orang tersayang.

Bukan mudah untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa kehadiran mereka di sisi. Malah, ada individu yang seolah-olah hilang arah apabila berjauhan dengan orang yang diperlukan.

Namun segalanya akan berubah menjadi lebih baik sekiranya yang tersayang kembali ada di depan mata.

Ibu Berlari Nak Jumpa Anak Selepas Terpisah Selama 6 Bulan

Begitulah perasaan seorang ibu apabila dapat berjumpa dengan anak lelaki kesayangan selepas terpisah selama enam bulan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @aisha_zulaiha, awalnya kelihatan isi ibu berjalan dengan laju dan berlari anak seperti mengejar sesuatu.

Malah, sesekali dia dilihat menoleh ke belakang bagi memastikan perakam video turut mengikutinya.

Segera Lari Lepas Nampak Kelibat Anak Dari Jauh

Lebih menyentuh hati, wanita yang bertudung merah jambu itu terus meningkatkan kelajuan sebaik melihat kelibat anak lelakinya itu dari jauh.

Dia kemudiannya dilihat terus memegang tangan, mencium serta memeluk anaknya sambil menangis disaksikan oleh suami wanita berkenaan.

Difahamkan, anak lelaki wanita itu yang juga merupakan adik pengguna TikTok berkenaan baru sahaja tamat menjalani Latihan Perajurit Muda Udara (PjM U) siri yang ke-68 pada 8 Februari lalu.

“Penantian enam bulan, tanpa menatap wajah,” tulis Aisha di ruang kapsyen.

https://www.tiktok.com/@aisha_zuhaila/video/7470520076521819399?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7410966857291793928

Jalan Pimpin Tangan Anak Bersama Suami

Menerusi video berasingan, dapat dilihat wanita itu bersama suaminya berjalan bersama-sama dan memimpin tangan anak kesayangan mereka.

Difahamkan, video itu dirakam usai Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara (PjM U) Siri 68/24 di Padang Kawad Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh, Perak Ahad (8 Februari) lalu.

https://www.tiktok.com/@aisha_zuhaila/video/7470140513006472455?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7410966857291793928

Ramai Sedih Lihat Reaksi Si Ibu

Video yang telah mendapat lebih 175,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sebak apabila melihat aksi dan reaksi si ibu ketika berjumpa anaknya itu.

Malah, ada yang memahami perasaan rindu yang ditanggung oleh seorang ibu terhadap anaknya.

Tidak kurang ada pengguna yang turut berkongsi pengalaman dan perasaan berpisah dengan orang tersayang.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Waktu Macam Ini La Semua Ibu Tunggu Nak Peluk Cium Anak Yang Dah Lama Tak Tanya Khabar, Memang Laju Air Mata”

“Rindu Sangat Dah Tu”

“Rindu Seorang Insan Yang Bergelar Ibu Kepada Anak”

“Kesian Tengok Emak Berlari, Anak Kena Ingat Perjuangan”

“Allahuakbar, Begitulah Dalam Ingatan Emak Kepada Anak-Anaknya”

Baca Artikel Berkaitan: Raih 1.6 Juta Tontonan, Momen Adik-beradik Tak Dapat Tahan Sebak Lepas Disuap Ibu Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Rider Dedah Sering Berbaring Di Kubur Ibu Kerana Rindu Pada Insan Tercinta


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd