Video] “Komik Lama Memang Mahal” – Netizen Tak Terkejut Lelaki Ini Jual 2 Majalah Ujang RM4,000
Lelaki terbabit menjelaskan bahawa semakin rare sesuatu barang itu maka semakin mahal harganya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memang benar, barangan-barangan lama di mana pembuatannya sudah dihentikan dianggap sebagai sesuatu barang antik atau ‘rare’.
Kebiasaannya, barangan sebegini akan dijual pada harga yang tinggi memandangkan ia mempunyai peminat tersendiri terutamanya dalam kalangan pengumpul (collector) barang antik.
Namun, tidak semua orang faham mengenai barang-barang ‘rare’ ini, bagi mereka jika ia sudah lama sepatutnya dijual dengan harga yang lebih murah dan bukannya mahal.
Tular lelaki pertahankan diri selepas dikecam menjual barang lama pada harga mahal
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki dari Pantai Timur mempertahankan dirinya yang dikecam oleh segelintir netizen kerana menjual barangan lama pada harga yang tidak masuk akal.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mhmmdhsm, lelaki terbabit dikecam kerana menjual satu tongkat kenaung lama pada harga RM1,800.
Susulan itu, lelaki terbabit tampil mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa semakin rare sesuatu barang itu maka semakin mahal harganya.
Majalah Ujang dijual pada harga cecah RM4,000
Lelaki terbabit memberi contoh seperti yang dijelaskannya itu dengan menunjukkan beberapa majalah Ujang yang turut dijualnya.
Dalam video terbabit, kelihatan beberapa koleksi komik kartun lagenda itu masih lengkap berbalut dengan plastik berkemungkinan ia tidak pernah dibuka lagi.
Menurutnya, sebuah majalah Ujang yang diterbitkan pada tahun 2001 ingin dijual pada harga RM1,500 manakala majalah Ujang tahun 1999 pula berharga RM1,800.
“Andai kata berkenan, ambil dua ni RM4,000 kita bagi (jual). Sebab apa kita boleh jual mahal, sebab ini barang yang dah tiada,” katanya.
Baru aku tahu buku ujang tahun 1998 boleh jual sampai RM4000 😭. Kalau tahu aku simpan je zaman kecik2 dulu.
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) February 4, 2025
Kalau korang ada boleh jual mcm brader ni kaya woi pic.twitter.com/Sd6R7qKUrx
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang akui komik lama memang ada nilai
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.
Ada segelintir pengguna X yang tidak terkejut dengan harga majalah Ujang yang dijual oleh lelaki terbabit kerana tahu bahawa komik lama sememangnya mempunyai harga yang tinggi kerana masih terdapat peminatnya.
Percaya atau tidak, ada sebuah komik Superman yang dijual pada harga AS$5.3 juta (kira-kira RM23.5 juta).
Komik lama mungkin boleh jadi investment.
— Mebert (@c1t0d0s1) February 4, 2025
Tak tahulah berapa nilai akan naik komik lama Malaysia.
Tapi, komik American yang lama2 boleh harga sampai jutaan dollar: https://t.co/cItz41Nwap pic.twitter.com/jlYV5QHu4I
Jangan pelik gais . Comic superman ni saja dijual 5juta usd pic.twitter.com/pRIw3VomkC
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) February 5, 2025
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Rare” – Lelaki Nak Jual Peti Ais Lama Berusia 40 Tahun Dengan Harga RM20,000 Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Yeay Cikna Jackpot” – Wanita Teruja Beli RXZ ‘Unregistered’ RM140,000, Pecah Rekod Termahal [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.