Now Reading
[Video] Suami Berbaju Melayu Lengkap Bersampin Jemput Isteri Balik Kerja Sempena Anniversary Ke-25

[Video] Suami Berbaju Melayu Lengkap Bersampin Jemput Isteri Balik Kerja Sempena Anniversary Ke-25

Kongsi pengguna berkenaan, suami rakan sekerjanya itu sebenarnya mahu memberi jambangan bunga segar kepada isteri tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mengekalkan sebuah perkahwinan untuk tempoh masa yang lama bukanlah mudah. Banyak cabaran dan ujian yang terpaksa ditempuh oleh pasangan suami isteri.

Sudah pastinya dalam usaha untuk memastikan sebuah perkahwinan itu berjaya, kerjasama dan persefahaman antara suami isteri amat penting.

Oleh sebab itu, ada individu yang sanggup menghargai pasangan dengan cara tersendiri sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini.

Lelaki Berbaju Melayu Jemput Isteri Balik Dari Kerja

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki apabila berpakaian baju Melayu lengkap dengan sampin dan bersongkok ketika menjemput isterinya pulang dari tempat kerja di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nurieeana, wanita berkenaan pada mulanya dilihat malu apabila mengetahui dia direkod oleh rakan sekerjanya sendiri.

Walau bagaimanapun, dia terus menuju ke suaminya yang sedang menunggu di atas motor lengkap dengan pakaian baju Melayu berwarna kuning dan sampin siap dengan songkok.

Suami Cium Dahi Isteri Selepas Isteri Hulur Tangan Untuk Salam

Lebih menyentuh hati, si suami terus mencium dahi isterinya sebaik sahaja wanita itu menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Suami datang pakai baju Melayu siap bersampin jemput isteri balik kerja sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-25 tahun. Semoga bahagia hingga syurga,” tulis pengguna berkenaan.

Niat Asal Nak Beri Hadiah Lain, Tapi Beri Kejutan Dengan Pakai Baju Melayu

Kongsi pengguna berkenaan kepada TRPbm, suami rakan sekerjanya itu sebenarnya mahu memberi hadiah lain iaitu jambangan bunga segar kepada isteri tercinta.

Namun kerana tidak jumpa hadiah yang diinginkan, lelaki itu akhirnya membuat keputusan untuk memakai baju Melayu sebagai kejutan.

@nurieeana

Suami dtg pakai baju melayu siap bersampin jemput isteri balik kerja sempena anniversary ke 25 tahun. Semoga bahagia hingga syurga ❤️ #fyppppppppppppppppppppppp #xyzbca #fyp #trending #fypシ゚viral

♬ Anugerah Terindah – Andmesh

Hukum Sambut Ulang Tahun Perkahwinan

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyambut ulang tahun perkahwinan adalah harus namun perlulah mengikut beberapa garis panduan seperti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan.

Sekiranya ia diraikan bagi memperingati dan menzahirkan rasa gembira serta mengingatkan tentang kematian atau muamalah suami dan isteri atau memperbaiki hubungan dengan pasangan, maka ia dibolehkan.

Namun, ia tidak harus sekiranya sambutan ulang tahun itu membawa kepada percampuran antara lelaki dan wanita tanpa batas serta mengandungi ucapan yang dimurkai oleh Allah SWT serta tarian yang keji kerana perhimpunan atas kebatilan.

Ramai Kagum Suami Masih ‘Sweet’ Walau Dah Kahwin Lama

Video yang telah mendapat lebih 122,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan usaha lelaki berkenaan yang berusaha meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25.

Ini kerana ada yang berpendapat, tidak semua orang mampu bertahan dan kekal sweet kepada pasangan walaupun telah berkahwin untuk tempoh masa yang lama.

Malah, ada juga segelintir pengguna yang meluahkan sikap pasangan sendiri yang langsung tidak mengingati tarikh anniversary mereka.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Suami Saya Langsung Tak Ingat Anniversary Kami, Yang ke-25 Juga Tahun Ini”

“Sweetnya Cara Orang Lama”

“Simple Je Kan? Kita Tak Minta Seluruh Dunia Emas Permata, Cukup Menghargai Selayaknya Sebagai Isteri”

“Sweetnya, Tak Payah Beli Hadiah Mahal, Macam Ini Berbunga Hati Isteri Dia”

“Kejutan Yang Kecil Tapi Amat Besar Maknanya”

Baca Artikel Berkaitan: “Pertama Kali Dalam 8 Tahun” – Pengawal Keselamatan Warga Asing Sebak Pekerja Pejabat Buat Kejutan ‘Birthday’

Baca Artikel Berkaitan: “Terus Lari Masuk Bilik’ – Reaksi Bos Malu-malu Dapat Kejutan ‘Birthday’ Dari Pekerja Buat Orang Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd