Now Reading
[Video] Si Cilik Umur 3 Tahun Jadi Perhatian! Pandai Makan, Kemas Meja & Cuci Tangan Sendiri

[Video] Si Cilik Umur 3 Tahun Jadi Perhatian! Pandai Makan, Kemas Meja & Cuci Tangan Sendiri

Rina yang merupakan anak pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae dilihat mampu mencuci tangan serta mulutnya sendiri tanpa bantuan orang lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu akan menjalani fasa tertentu dalam kehidupan bermula dari bayi sehinggalah mencecah usia tua.

Setiap fasa pula mempunyai pembelajarannya yang tersendiri bagi membolehkan seseorang itu mahir ketika menjalani kehidupan seharian.

Contohnya buat si cilik yang berusia satu hingga tiga tahun, pada ketika inilah mereka belajar tentang cara untuk makan, mengenali orang sekeliling dan berinteraksi dengan orang lain.

Kadang kala, ada segelintir daripada kumpulan kanak-kanak ini memerlukan panduan dan bantuan dari orang dewasa dalam melakukan aktiviti harian.

Pandai Makan Seorang Diri, Siap Ambil Tisu Lap Sisa Makanan Yang Tumpah

Namun, lain pula dengan anak pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae yang dilihat pandai berdikari.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh Ryzal di TikTok @ryzalibrhm, kelihatan anak perempuan mereka yang dikenali sebagai Rina sedang menikmati makanan di meja makan seorang diri.

Apa yang menjadi perhatian adalah keletah dan aksi Rina langsung tidak mencerminkan dirinya yang baru berusia tiga tahun.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat Rina mampu menikmati makanan seorang diri tanpa bantuan orang lain.

Lebih mengejutkan, apabila terdapat kotoran di atas meja, Rina dengan pantas mengambil tisu dan mengelap sisa kotoran berkenaan.

Bawa Mangkuk Kotor Pergi Sinki Sendiri, Tolak Kerusi Ke Tempat Asal

Malah, sebaik sahaja dia selesai menikmati makanannya, Rina dilihat turun dari kerusi membawa mangkuk makanan yang digunakannya pergi ke sinki.

Menariknya, dia sempat membetul dan menolak kerusi yang digunakan tadi ke tempat asal.

Tidak hanya itu, Rina juga mampu mencuci tangan dan mulutnya sendiri tanpa bantuan orang lain.

Tindakan Rina ketika di dapur turut diperhatikan oleh Ryzal yang sedang mengawasi tindak tanduk anak sulungnya itu.

Namun, menyedari tindakan anak kesayangannya itu yang mampu berdikari tanpa bantuan orang lain, Ryzal terus memeluk si cilik berkenaan.

Ramai Puji & Minta Tips Besarkan Anak Sedemikian

Video yang telah mendapat lebih 4.3 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti memuji tindakan Rina yang dilihat mampu berdikari dan beraksi seperti orang dewasa.

Malah, ada yang bertanyakan tips bagaimana untuk melatih anak menjadi mahir seperti Rina.

Tidak hanya itu, ada segelintir pengguna yang berpendapat tingkah laku Rina lebih baik berbanding pasangan mereka yang hanya mengharapkan orang lain.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Dah Macam Tengok The Return Of Superman, Anak Orang Korea Bijak-Bijak”

“Start Berapa Tahun Nak Ajar Macam Ini Ye, Anak Saya Setahun Setengah, Nak Ajar Dia Buat Apa Dulu”

“Pandainya Lepas Makan Lap Meja, Bawa Pinggan Mangkuk Pergi Sinki, Baby Saya Yang Umur 46 Tahun Pun Tak Reti Buat”

“Bang, Kau Ada Buat Kelas Untuk Mendisiplinkan Diri Tak? Nak Hantar Bayi Umur 32 Tahun”

“Lap Sisa Makanan Atas Meja? Masukkan Kerusi? Cuci Pinggan Terus Lepas Makan? Sesetengah Orang Dewasa Pun Kena Gaduh Untuk Buat Macam Ni”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd