[Video] Tuan Rumah Hidang Ayam Gepuk Untuk Jemputan Kenduri Kahwin Buat Ramai Teruja
Lebih menarik, jemputan kenduri kahwin berkenaan boleh menambah hidangan ayam gepuk itu tanpa had (unlimited).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebut sahaja tentang kenduri kahwin, pasti ramai yang mengaitkannya dengan menu Nasi Minyak, Ayam Masak Merah dan Daging Masak Hitam.
Malah, kebanyakan kenduri kahwin pada masa kini juga turut menyediakan hidangan sampingan lain seperti kuih-muih atau pencuci mulut khusus buat tetamu yang hadir.
Ada juga tuan rumah yang menyediakan hidangan sampingan lain seperti laksa atau bihun sup khusus buat jemputan yang tidak mahu menikmati hidangan berasaskan nasi.
Tuan Rumah Sediakan Nasi Ayam Gepuk
Jika kebanyakan tuan rumah menyediakan hidangan sampingan yang disifatkan lebih ‘ringan’, lain pula dengan seorang individu ini yang menyediakan menu ayam gepuk buat tetamu yang hadir.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ayamgepukartisan, kelihatan tetamu dijamu dengan menu yang sering menjadi bualan ramai pada masa kini.
Dapat dilihat beberapa orang jemputan sedang mengambil bahan berasaskan menu tersebut di sebuah kenduri kahwin yang diadakan di Tanjung Malim, Perak.
Tetamu Boleh Tambah Hidangan Tanpa Had
Lebih menarik, jemputan boleh menambah hidangan tersebut tanpa had (unlimited) mengikut kemahuan mereka.
“Hari ini (2 Februari) semua unlimited refill”, tulis pentadbir akaun berkenaan menerusi ruangan kapsyen.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat terdapat tempe, tauhu, kobis, timun, ayam goreng serta sambal gepuk disediakan buat tetamu yang hadir.
Malah, sambal gepuk juga disediakan secara terus di kenduri berkenaan dan tetamu boleh menentukan tahap kepedasan sambal mengikut citarasa masing-masing.
@ayamgepukartisan harini semua unlimited refill 🤣😋 #ayamgepukartisan #tgmalim #fyp #pengantinbaru
♬ original sound – AyamGepukArtisan – AyamGepukArtisan
@ayamgepukartisan POV KENDURI AYAM GEPUKS
♬ original sound – AyamGepukArtisan – AyamGepukArtisan
Ramai Teruja Lihat Kenduri Sediakan Hidangan Ayam Gepuk
Video yang telah mendapat lebih 924,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai pengguna teruja melihat hidangan ayam gepuk berkenaan di kenduri kahwin.
Mereka berpendapat hidangan sebegitu disifatkan unik dan lain dari yang lain apatah lagi ia sememangnya menjadi pilihan ramai khususnya anak muda masa kini.
Malah, ada yang menyuarakan hasrat mahu menjadikan menu tersebut sebagai hidangan utama di kenduri kahwin atau majlis pertunangan mereka sendiri hingga ada yang bertanyakan kadar harga bagi seorang untuk hidangan berkenaan.
Jelas pentadbir akaun itu menerusi ruangan komen, harga bagi setiap set ayam gepuk hanyalah bermula RM7.99 untuk seorang.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Bestnya Kenduri Kahwin Macam Ini, Bukan Setakat Sambal, Dengan Nasi Free Refill Ini”

“Saya Baru Terfikir Nak Buat Set Ayam Gepuk Time Kenduri”

“Boleh Book Ni Untuk Open House, Kenduri Kahwin Nanti, Saya Hantu Ayam Gepuk”

“Boleh Tahu Tak RM Berapa Satu Kepala Ayam Gepuk Ni? Asyik Nasi Minyak Je”

“Tolong Ajak Saya Kalau Ada Menu Ini”

“Kalau Kenduri Kahwin Macam Ni, Confirm Tak Tolak Mak Ajak Pergi Kenduri Kahwin”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.