Now Reading
[Video] “Mana Peniaga Lain?” – Wanita Dedah Floating Market Di Melaka Tak Ramai Pengunjung

[Video] “Mana Peniaga Lain?” – Wanita Dedah Floating Market Di Melaka Tak Ramai Pengunjung

Dakwa wanita itu, dia sudah meminta para peniaga lain di floating market itu untuk membuka gerai mereka, namun tindakan itu menyebabkan dia dimarahi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apa yang diharapkan oleh seseorang peniaga? Semestinya kehadiran ramai pengunjung di kawasan kedai atau gerainya bagi memastikan peluang untuk mendapatkan pelanggan lebih tinggi.

Begitu juga dengan pelanggan, mereka mengharapkan kawasan yang ingin dikunjungi itu memiliki banyak gerai atau kedai yang menjual pelbagai jenis makanan mahupun barangan.

Jika kawasan tersebut ‘sendu’, mana mungkin pelanggan tertarik untuk pergi bukan?

Peniaga wanita kecewa, tak banyak gerai di pasar terapung di Melaka yang buka

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita di pasar terapung di Melaka kecewa kerana tidak mempunyai ramai pengunjung.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@karinaknag), wanita berkenaan menyatakan bahawa Melaka Floating Market ‘sendu’ tanpa kehadiran pengunjung kerana kebanyakan peniaga tidak membuka gerai mereka.

Menurutnya, dia berasa kasihan terhadap peniaga lain yang membuka gerai pada setiap hari meskipun tidak mempunyai pelanggan yang ramai.

Minta peniaga lain buka gerai, tapi kena marah pula

Dakwa wanita itu lagi, dia juga sudah meminta para peniaga lain di floating market itu untuk membuka gerai mereka, namun tindakan itu menyebabkan dia dimarahi.

“Kalau tak nak berniaga tak perlulah ambil harga pakej yang murah. Pihak pengurusan kena buat sesuatu kalau tidak tempat ini tidak akan bertahan lama,” katanya.

Dalam video tersebut, kelihatan jelas hanya beberapa peniaga sahaja yang berniaga, manakala deretan gerai yang berbentuk bot yang terapung di atas sungai Melaka itu ditinggalkan kosong.

@karinaknag

floating market boat 👎🏻👎🏻👎🏻👎🏻kesian peniaga yg hari2 buka macam saya. dh bersuara dalam group minta peniaga bagi kerjasama buka tapi kene marah. taknak niaga xyhlah ambik harga pakej yg murah. management kene buat sesuatu kalau x tempat ni xkan bertahan lama. #peniagayangdisakiti #floatingmarket #melaka #melakafoodie #fyp #fypage #fypシ゚ #makananviral #rasacrofflemelaka #croffle #melakahawau

♬ Scott Street (Slowed Down) – Phoebe Bridgers

Laluan masuk ditutup sementara jadi punca floating market tak ramai pengunjung?

Sementara itu, akaun TikTok Melaka Floating Market yang dipercayai pihak pengurusan di sana telah tampil memberi penjelasan.

Menurut pihak pengurusan itu, pembinaan jambatan ke Melaka Floating Market sedang dijalankan menyebabkan laluan masuk ditutup sementara.

“Kami memohon maaf dan berharap agar pengunjung akan merancang lawatan (ke sana) selepas ia siap,” tulisnya.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang dakwa air sungai di sana berbau busuk

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Ada yang memberi cadangan agar tapak kawasan floating market tersebut dipindahkan ke kawasan yang sememangnya popular di negeri itu dan memiliki ramai pengunjung.

Malah, ada pula netizen yang mendakwa air sungai di situ berbau busuk menyebabkan dia tidak tertarik untuk ke sana lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd