[Video] Anggota Polis Bantu Warga Emas Lintas Jalan, Siap Buka Topi Salam & Cium Tangan
Difahamkan, anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Dungun terjumpa warga emas berkenaan ketika OP Pematuhan Lalu Lintas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila sebut sahaja tentang anggota polis, pasti dah terbayang sifat tegas mereka lebih-lebih lagi ketika menjalankan tugas.
Malah, ada segelintir orang yang takut dan sanggup mengelak daripada berjumpa dengan anggota beruniform ini disebabkan perwatakan mereka itu.
Namun siapa sangka, di sebalik sikap dan perwatakan tegas mereka sebenarnya ada sifat ihsan dan lemah lembut yang tersembunyi.
Polis Terus Pegang Tangan, Bantu Warga Emas Lintas Jalan
Itulah yang dilakukan oleh seorang anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dungun apabila dia dilihat membantu seorang lelaki warga emas yang mahu melintas jalan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bsptidungun, kelihatan anggota polis itu sendiri datang kepada warga emas yang pada ketika itu sedang berada di tepi jalan.
Apa yang menjadi perhatian adalah anggota beruniform itu dilihat bertanyakan sesuatu sebelum terus memegang dan memimpin warga emas berkenaan melintas jalan.
Malah, dia juga dilihat menghentikan kereta di jalan raya bagi memberi laluan kepada mereka dan menunjukkan tanda ‘thumbs up’ kepada pengguna yang lain ketika laluan diberikan.
Sanggup Buka Topi Semata-Mata Nak Cium Tangan Ketika Bersalam
Lebih menyentuh hati, sebaik sampai sahaja ke destinasi yang dituju, anggota polis berkenaan terus membuka topi yang dipakai dan mencium tangan warga emas itu ketika bersalaman.
Difahamkan, anggota berkenaan yang sedang melakukan operasi sempena Tahun Baru Cina membuka topi dari kepalanya bagi mengelak orang tua itu dari rasa sakit terkena hujung topi miliknya.

“Semasa membuat OP Pematuhan Lalu lintas, ternampak seorang pakcik yang ingin melintas jalan. Semoga pakcik diberikan kesihatan yang baik,” tulis pentadbir menerusi ruangan kapsyen.
Ramai Puji Sikap Baik Anggota Polis Bantu Warga Emas
Video yang telah mendapat lebih sejuta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan baik anggota berkenaan yang sanggup menghulurkan bantuan kepada warga emas itu
Malah, ada yang tersentuh melihat layanan baik anggota beruniform itu apatah lagi ketika dia sanggup membuka topi semata-mata mahu mencium tangan orang tua berkenaan.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Bab Dia Buka Topi & Salam Cium Tangan, Aku Terus Sebak Weh”

“Part Buka Topi & Cium Tangan Auto Saya Nangis, Teruskan Buat Baik”

“Aku Yang Lain Kira Ok, Bab Salam Buka Topi Cium Tangan Tu Yang Mahal, Semoga Dipermudahkan Urusan”

“Aku Sendiri Sebagai Anggota Respect Cara Kau Bro, Semoga Dipermudahkan Urusan”

“Tingginya Adab Tuan, Semoga Tuhan Merahmati Tuan & Kurniakan Pak Cik Tu Kesihatan Yang Baik”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.