Now Reading
[Video] Wanita ‘Bising’ Lihat Ada Pengguna Lebuh Raya Guna Lorong Smart Lane Undang Perhatian

[Video] Wanita ‘Bising’ Lihat Ada Pengguna Lebuh Raya Guna Lorong Smart Lane Undang Perhatian

Dalam video berkenaan, pemandu wanita itu turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap kesemua pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan smart lane tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tibanya musim perayaan tak dinafikan pasti akan berlaku kesesakan di jalan raya kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung.

Susulan itu, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh segelintir pihak bagi memastikan keadaan trafik sentiasa berjalan lancar apabila meminta orang ramai untuk merancang perjalanan mereka.


-Advertisement-

Selain itu pihak pengendali lebuh raya juga turut membuka laluan khas yang dipanggil sebagai ‘Smart Lane’ untuk kegunaan orang ramai pada waktu tertentu. Kebiasaannya penggunaan Smart Lane ini boleh digunakan pada waktu khas seperti bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam pada hari Jumaat sehingga Ahad atau hari kelepasan Am.

Untuk lebih memudahkan orang ramai lampu hijau turut akan dinyalakan menandakan laluan tersebut aktif, namun masih ada segelintir pemandu yang masih tidak memahami atau mengetahui mengenai laluan ini.

Wanita marah pemandu pakai laluan kecemasan

Baru-baru ini, seorang pemandu wanita turut meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir kenderaan yang dikatakannya melalui jalan kecemasan.

Menerusi video yang dikongsikan di X, awalnya kelihatan kenderaan dipandu oleh wanita berkenaan berada di lorong kiri. Dia kemudiannya merakamkan tindakan beberapa kenderaan yang dikatakannya menggunakan laluan kecemasan.

Laluan digunakan kebanyakan kenderaan sebenarnya adalah smart lane

Namun sewaktu merakam video tersebut, turut kelihatan terdapat papan tanda yang memaklumkan ia adalah laluan smart yang boleh digunakan pada waktu khas.

“Tengok ni ramai yang lalu jalan kecemasan, woi ini semua jalan kecemasan. Ada lagi, ada lagi (kereta lalu smart lane).

“Ya Allah, banyaknya lalu tengok dekat cermin tu. Ha nampak,” katanya dalam video.

Malah dalam video berkenaan dia turut meminta pihak berkuasa seperti polis untuk mengambil tindakan ke atas pengguna jalan raya yang menggunakan laluan terbabit.

Ramai tegur itu adalah smart lane dan bukan laluan kecemasan seperti didakwa

Video wanita itu bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang mengatakan ia adalah laluan smart.

Malah ada juga yang menyifatkan dalam setiap video yang diambil turut terpapar papan tanda menyatakan laluan itu boleh digunakan khususnya pada hari kelepasan am.

Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah dihon oleh pengguna jalan raya lain kerana melalui laluan smart.

Walau bagaimanapun ada juga yang mengatakan lampu isyarat yang diletakkan pada papan itu juga tidak terang dan membuatkan segelintir pengguna keliru sama ada ia boleh digunakan atau sebaliknya.

“Padahal setiap kali dia ambil video tu, ada papan tanda smart lane tu. Tapi itulah, tak nak membaca macam tulah jadinya.”

“Rajin-rajin baca tepi tu, jangan tahu cari salah je”

“Nak tanya fungsi smart lane ni untuk kurangkan sesak perayaan dan weekend kemudian bila dah penuh smart lane memang kena masuk semula ke jalan utama tak ke sesak juga? Yang tahu smart lane ni pakai kalau nak pergi kiri sahaja.”
“Aku tak salahkan akak ni, sebab pada aku smartlane ni tak smart. Jalan kecil, lepas tu ada pemandu yang tak tahu smart lane ni. Di mana akan bahayakan pemandu lain.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd