[Video] Wanita Kecewa Beli Popia Harga RM6 Untuk 3 Biji Tapi Hanya Dapat Inti ‘Angin’
Difahamkan, dia membeli kuih popia itu dari seorang kanak-kanak yang menaiki basikal dipercayai anak peniaga tersebut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebut sahaja tentang kuih-muih tradisional seperti karipap atau popia, pasti dah terbayang kesedapan dan keunikan rasanya.
Malah, kuih yang mempunyai peminat tersendiri ini juga memang mudah didapati khususnya di pasar pagi atau malam.
Namun, ada sahaja cerita kurang enak tentang kuih sebegini lebih-lebih lagi jika dijual oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Wanita Terkejut Beli Popia Tapi Tiada Inti
Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang wanita yang kecewa apabila membeli popia dari seorang peniaga di Pantai Remis, Jeram, Selangor.
Kongsi wanita itu di TikTok @kitakakishopping, hampir kesemua popia yang dibeli dari peniaga berkenaan langsung tidak mempunyai inti seperti popia yang biasa dijual oleh peniaga lain.
Malah jika ada sekalipun, ia hanyalah berisi dengan lobak merah dan taugeh yang kuantitinya amat sedikit.
Difahamkan, dia membeli enam biji popia yang keseluruhannya berharga RM12 bagi membantu peniaga berkenaan.
“Niat hati nak tolong orang niaga. RM6 untuk tiga biji, aku beli enam biji. Isi dalam ada sehelai carrot, sehelai taugeh. Ingat satu je macam tu. Rupanya semuanya sama. Ada satu popia tu, kulit sahaja,” kongsinya.
Jelas wanita itu menerusi ruangan komen, dia membeli kuih popia berkenaan dari seorang kanak-kanak yang menaiki basikal dipercayai anak peniaga tersebut.

Tak Sengaja Nak Burukkan Peniaga
Kongsi wanita itu lagi, niatnya memuat naik hantaran tersebut bukanlah untuk memburukkan peniaga sebaliknya hanya mahu menunjukkan keadaan sebenar.
“Aku review jujur ya. Bukan sengaja nak downkan peniaga. Kalau korang, apa korang rasa?” tulisnya.
Pengguna Anggap Tak Berbaloi Popia Dibeli
Malah, pengguna berkenaan turut menganggap popia yang dibeli tidak berbaloi dan kena dengan harga RM6 bagi tiga biji popia lebih-lebih hampir kesemuanya tidak mempunyai inti yang penuh.
“The real popia isi angin. Nak marah pun tak boleh tapi sumpah tak berbaloi RM6 untuk tiga biji. Ada yang kulit sahaja ya! Betul-betul inti gulung angin ni,” tulisnya lagi di ruang kapsyen.
@kitakakishopping the real popia isi angin. nak marah pun tak boleh. tp sumpah tak baloi RM6 untuk 3 biji. ada yg kulit sahaja ya! betul2 inti gulung angin ni.
♬ original sound – Yaya Lee – Yaya Lee
Ramai Terkejut & Anggap Harga Tidak Kena Dengan Popia
Video yang telah mendapat lebih 600,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai terkejut melihat popia yang dibeli pemilik video itu yang hampir kesemuanya tiada inti seperti kebanyakan popia dijual oleh peniaga lain.
Malah, ada yang mengecam peniaga berkenaan dan berpendapat harga yang dijual tidak berbaloi dengan popia tersebut hingga ada yang berpendapat peniaga sebegitu perlu diboikot dek kerana tindakan tidak bertanggungjawabnya.
Namun, ada pula pengguna media sosial mencadangkan agar wanita itu sepatutnya pergi semula ke gerai berkenaan dan ‘mengajar’ peniaga tersebut.
Walau bagaimanapun, dia menjelaskan jarak perjalanan yang mengambil masa 2 jam 30 minit menyebabkan dia tidak dapat bertindak sedemikian.

Ini antara komen pengguna TikTok:
“1 Biji Popia RM2, Kalau Popia Carbonara Tak Pe Juga, Kalau Saya, Saya Pergi Semula Kedai Tu”

“Next Time Lepas Beli, Makan Satu Depan Kedai Tu, Tunjuk Isi Macam Mana”

“Bersyukurlah, Selalunya Memang Tak De Inti Pun, Goreng Kulit Je. Carrot Dengan Tauge Sehelai Tu Sebab Tauke Sedekah”

“Cuba Tengok Iklan Dia Balik, Mungkin Dia Jual Kulit Popia Goreng”

“Boikot Je Lepas Ni, Tak Payah Pergi Dah”

“Ingat Karipap Je Ada Versi Karipap Angin, Popia Pun Kena Juga Jadi Popia Angin”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.