Rain Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert ‘Still Raining’ 8 Februari Ini
Pemegang tiket VIP yang membeli tiket sebelum 2 Februari 2025, 11:59 malam, berpeluang memenangi ganjaran eksklusif seperti poster autograf dan lain-lain.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berita baik buat peminat bintang K-pop terkenal, Rain! Penyanyi dan pelakon antarabangsa ini akan mengadakan konsert jelajah “Still Raining” yang sangat dinantikan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 8 Februari 2025 ini.
Konsert jelajah eksklusif pertama oleh Rain sejak 2016 ini menawarkan pengalaman istimewa buat peminat.
Rain akan menghiburkan peminat dengan persembahan di atas pentas T (stage T) yang unik, memberikan pengalaman yang lebih dekat dan menakjubkan.
Reka bentuk pentas ini membolehkan peminat menikmati persembahan penuh tenaga bersama Rain dengan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya.
Pembeli tiket VIP sebelum 2 Feb berpeluang dapat poster autograf & bergambar bersama Rain
Pemegang tiket VIP yang membeli tiket sebelum 2 Februari 2025, 11:59 malam, berpeluang memenangi ganjaran eksklusif untuk menjadikan pengalaman ini lebih istimewa.
Sebanyak 35 pemenang bertuah akan menerima poster autograf yang ditandatangani, manakala 100 pemenang, yang terdiri daripada 10 orang setiap kumpulan, akan berpeluang mengambil bahagian dalam sesi bergambar eksklusif bersama Rain.

Pemenang akan dipilih secara rawak dan diumumkan melalui saluran media sosial rasmi Resorts World Genting.
Harga tiket dari RM398
Tiket kini sedang dijual, jadi pastikan dapatkannya segera sebelum kehabisan! Harga tiket pula adalah:
- RM1,298 (VIP)
- RM998 (PS1)
- RM798 (PS2)
- RM598 (PS3)
- RM398 (PS4)
Harga ini bagaimanapun tidak termasuk caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00.

Ahli Kad Ganjaran Genting (Genting Rewards Card) berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 5% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting, yang sah hanya untuk pembelian tiket VIP, PS1, PS2, dan PS3.
Jadi apa tunggu lagi! Dapatkan tiket anda di sini dan saksikan kehebatan persembahan Rain di Arena of Stars.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.