Now Reading
Kerajaan Dapat Jimat RM190 Juta Setahun Dengan Pemansuhan Tol Percuma – Menteri

Kerajaan Dapat Jimat RM190 Juta Setahun Dengan Pemansuhan Tol Percuma – Menteri

Jelas Alexander, keputusan itu (pemansuhan tol percuma) juga membuka jalan kepada pendekatan yang lebih bersasar bagi menyalurkan subsidi khususnya buat golongan berpendapatan rendah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Selasa (21 Januari) lalu, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi telah mengumumkan tiada lagi pemberian tol percuma sempena musim perayaan.

Jelas beliau, keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet pada tahun 2024. Namun, kerajaan akan menggantikan kemudahan tersebut dengan pendekatan yang lebih bersasar.

Pengumuman tersebut nyata mendapat perhatian ramai apatah lagi kebanyakan rakyat Malaysia menganggap pemberian tol percuma sebagai langkah yang dapat meringankan beban kos yang ditanggung.

Baca Artikel Berkaitan: Tol Percuma Sempena Musim Perayaan Dihentikan Bermula 2025

Kerajaan Dapat Jimat RM190 Juta Dengan Pemansuhan Tol Percuma

Terbaharu, Alexander yang juga merupakan Ahli Parlimen Kapit menjelaskan kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM190 juta setahun selepas menghentikan pengecualian tol ketika musim perayaan.

Jelasnya, keputusan itu juga membuka jalan kepada pendekatan yang lebih bersasar bagi menyalurkan subsidi khususnya buat golongan berpendapatan rendah.

“Kita sedang memperhalusi dasar untuk memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya, khususnya kumpulan B40,” katanya yang dipetik daripada Free Malaysia Today (FMT).

Kementerian Kerja Raya Sedang Kerjasama Dengan Kementerian Lain Bangunkan Langkah Subsidi

Tambah Alexander, pengecualian tol mula diperkenalkan sebagai langkah sementara ketika pandemik Covid-19 pada tahun 2022 dan tidak lagi terpakai.

Malah, Kementerian Kerja Raya (KKR) kini sedang bekerjasama bersama Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Ekonomi membangunkan langkah subsidi yang sesuai dan tepat untuk golongan berpendapatan rendah.

“Kita akan melaraskan dasar dari semasa ke semasa agar sejajar dengan keperluan semasa. Tumpuan kini kepada bantuan yang disasarkan dan bukannya subsidi menyeluruh,” ujarnya.

Jelas Alexander, subsidi seharusnya tidak memberi manfaat kepada semua termasuklah individu berpendapatan tinggi yang tidak perlukan bantuan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran SOS Balance yang membolehkan pengguna Touch n’ Go eWallet melalui tol walaupun baki tidak mencukup dengan menawarkan tempoh 24 jam bagi mengisi semula eDompet mereka.

Tol Percuma Secara Bersasar – PM

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan kini sedang meneliti pemberian tol percuma ketika musim perayaan secara bersasar khususnya kepada golongan B40 dan M40.

Jelas beliau, ia selaras dengan langkah penyelarasan subsidi kerajaan berbanding pemberian tol percuma secara menyeluruh.

“Ada pihak mempersoalkan mengapa tol percuma diberi kepada semua termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati.

“Kita perlu teliti supaya rakyat terkesan di peringkat bawah diberikan pertimbangan lain,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menegaskan pemberian tol secara percuma itu tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya.

Jelas Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, apa yang penting adalah pengguna perlu mengubah sikap dan merancang perjalanan ketika musim perayaan.

Baca Artikel Berkaitan: Tol Percuma Sempena Musim Perayaan Dihentikan Bermula 2025


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd