Now Reading
Influencer Bengang, Penjual Ambil Kesempatan Jual ‘Kepala Gas’ Berharga RM377 Kepada Isterinya

Influencer Bengang, Penjual Ambil Kesempatan Jual ‘Kepala Gas’ Berharga RM377 Kepada Isterinya

Menurut influencer Zaidan Zainuddin, wang bernilai RM377 itu amatlah berguna buat mereka untuk membeli barangan penting yang lain berbanding kepala gas terbabit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di zaman ini, pelbagai cara yang digunakan oleh sesetengah syarikat, peniaga atau ejen untuk memastikan produk jualan mereka terjual.

Ada yang menggunakan teknik marketing yang pelik-pelik untuk menarik perhatian orang ramai dan ada pula yang tidak bertanggungjawab memanipulasi pelanggan untuk meraih keuntungan.

Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita selepas diperdaya oleh seseorang individu untuk membeli ‘kepala gas’ (gas regulator) berserta berharga RM377.

Influencer bengang, individu jual kepala gas berharga RM377 kepada isterinya

Perkara tersebut diceritakan oleh suaminya sendiri yang juga seorang influencer automotif, Zaidan Zainuddin yang bengang dengan tindakan individu berkenaan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Z Garage Evolution, Zaidan berkata penjual itu meyakinkan isterinya bahawa kepala gas yang digunakan di rumah mereka ketika ini berbahaya dan perlu ditukar demi keselamatan keluarga.

“Inilah kepala gas + hos yang berharga RM377 korang ‘pau’ isteri aku siang tadi! Eh aku faham orang-orang beruniform biru hijau ini hanyalah buat ‘direct selling’ (jualan langsung),” katanya.

Penjual ambil kesempatan jual kepala gas ketika isterinya sedang sibuk jaga anak-anak

Menurutnya, penjual tersebut meyakinkan isterinya untuk membeli kepala gas terbabit ketika wanita itu sedang sibuk menjaga anak-anak yang ramai di rumah.

“Korang ambil kesempatan pada situasi dia untuk buat jualan korang dan isteri aku bagi korang masuk rumah pula itu dan dia bagi korang RM377 itu,” katanya lagi.

Jelas Zaidan, wang bernilai RM377 itu amatlah berguna buat mereka untuk membeli barangan penting yang lain berbanding kepala gas terbabit.

“Korang seronok sekarang sebab berjaya yakinkan seorang ibu yang rapuh untuk membeli produk korang? Aku tertanya-tanya berapa ramai lagi yang korang telah tipu untuk membeli kepala gas itu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, perkara terbabit sengaja dikongsikannya di media sosial agar individu-individu lain tidak menjadi mangsa seperti isterinya.

Berdasarkan semakan kami, harga bagi ‘gas regulator’ untuk kegunaan harian biasa di rumah hanyalah berharga sekitar RM25 hingga RM40.

Bagi kegunaan industri pula, ia boleh mencecah ratusan ringgit bergantung kepada kualiti dan ketahanannya.

Namun bagi kegunaan rumah, cukup sekadar membeli ‘kepala gas’ yang berharga puluhan ringgit, yang penting mempunyai sijil Sirim.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd