Now Reading
Guru Perlu Dapatkan Kebenaran Jika Mahu Buat Kerja Sambilan – Menteri Pendidikan

Guru Perlu Dapatkan Kebenaran Jika Mahu Buat Kerja Sambilan – Menteri Pendidikan

Jelas Fadhlina, satu garis panduan yang menjelaskan perkara tersebut (kebenaran kerja sambilan) telahpun diwujudkan pada ketika ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada masa kini, ramai individu termasuklah golongan profesional memilih untuk melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kebiasaannya, kerja sambilan atau part time yang dibuat akan dilakukan selepas seseorang itu selesai melaksanakan tugas hakiki.

Antara jenis pekerjaan sambilan yang sering menjadi pilihan ramai adalah perniagaan dalam talian, penghantar makanan (rider) atau kerja bebas (freelance).

Guru Perlu Dapatkan Kebenaran Jika Hendak Buat Kerja Sambilan

Terbaharu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan guru yang mahu membuat kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu.

Jelas Fadhlina, satu garis panduan yang menjelaskan perkara tersebut telahpun diwujudkan pada ketika ini.

“Dan, apa sahaja keperluan (kerja sambilan) yang mereka buat tidak boleh mengganggu tugas hakiki mereka. Ia juga tidak boleh dilakukan semasa menjalankan tugas hakiki.

“Jadi, pesan saya berilah tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada.

“Ini komitmen kita untuk tingkatkan kualiti pendidikan negara dan kita perlukan guru yang fokus dalam kelas, khususnya PdP,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Fadhlina yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata sedemikian selepas mengulas isu mengenai lambakan golongan pendidik yang menjalankan kerja sambilan.

Nafi Dakwaan Proses Pertukaran Penempatan Akan Segera Dilakukan Jika Tular Di Media Sosial

Pada masa yang sama, Fadhlina turut menafikan dakwaan mengenai proses pertukaran guru akan menjadi lebih cepat sekiranya isu itu ditularkan di platform media sosial.

“Tidak betul. Kena ikut proses. Mana ada permohonan tidak ikut proses (tular). Keutamaan kita di KPM dalam perkara ini adalah keperluan pendidikan itu sendiri iaitu pertukaran tidak menjejaskan pendidikan. Kena tengok keseluruhan keperluan dan profesionalisme guru.

“Sebarang pertukaran kena ambil kira ekosistem pendidikan. Keutamaan kita masih lagi pada isu jarak jauh, keselamatan, kesihatan dan sebab-sebab lain yang kita pertimbangkan dalam konteks kebajikan guru.

“Setakat ini, pertukaran tertinggi adalah disebabkan pasangan jarak jauh,” jelasnya lagi.

Tambah Fadhlina, permohonan pertukaran penempatan dibuka sepanjang tahun namun, proses pertukaran tersebut hanya akan dibuat ketika cuti sekolah.

Penjawat Awam Perlu Dapatkan Kebenaran Ketua Jabatan

Untuk info, bukan sahaja guru, malah penjawat awam lain yang mahu mencari pendapatan sampingan dengan melakukan pekerjaan sambilan perlu mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan.

Ia berdasarkan Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Malah, contoh kes mengenai isu ini boleh dirujuk melalui Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam pada muka surat 68 hingga 71.

Pegawai awam hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu untuk menjalankan pekerjaan…

Posted by Jabatan Perkhidmatan Awam on Monday 1 January 2024

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd