Now Reading
PM Qatar Umum Gencatan Senjata Di Gaza Bermula 19 Januari

PM Qatar Umum Gencatan Senjata Di Gaza Bermula 19 Januari

Fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari bermula Ahad ini dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peperangan antara pejuang Hamas dan Israel yang mula tercetus sejak bulan Oktober 2023 merupakan antara yang terburuk yang pernah berlaku.

Sepanjang 15 bulan konflik pembantaian tersebut oleh Israel, kira-kira 46,707 rakyat Palestin telah terbunuh dan mencederakan 110,265 penduduk yang lain.

Manakala sekurang-kurangnya 1,139 orang terbunuh di Israel ketika serangan pimpinan Hamas dalam kejadian itu dan lebih 200 orang ditawan.

Israel dan pejuang Hamas setuju laksanakan gencatan senjata

Terbaharu, setelah lebih 450 hari penduduk Palestin hidup dalam penderitaan, Israel dan Hamas bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bagi menghentikan peperangan dahsyat di Gaza.

Memetik Berita Harian, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani berkata, perjanjian gencatan senjata itu akan bermula pada Ahad ini (19 Januari).

Pada sidang media di Doha, Sheikh Mohammed yang juga Menteri Luar Qatar berkata, perjanjian itu juga akan membawa kepada pembebasan tawanan Israel dan lonjakan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Fasa pertama gencatan senjata akan berlangsung selama 42 hari

Menurutnya, fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan jumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.

Beliau turut memaklumkan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Macklemore kongsi video kanak-kanak Gaza gembira

Sementara itu, penyanyi rap terkenal, Macklemore turut berkongsi video kanak-kanak di Gaza yang bersorak kegembiraan dan sebak sebaik mendapat khabar mengenai gencatan senjata tersebut.

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai pengguna media sosial, di mana rata-rata turut berasa sebak.

Sekiranya perjanjian damai itu dikuatkuasakan, ia diharapkan dapat meringankan penderitaan rakyat Gaza yang terjejas teruk akibat peperangan selepas kali terakhir tempoh bertenang dilakukan pada November 2023 lalu.

Sepanjang peperangan di antara rejim zionis dan pejuang Hamas tercetus, tentera Israel telah melancarkan pelbagai serangan dari udara dan darat yang mengakibatkan puluhan ribu nyawa penduduk Gaza dan daerah Palestin yang lain terkorban selain kemudahan serta fasiliti seperti sekolah, hospital musnah.

Malah, mereka turut menyekat segala jenis bantuan ke Gaza seperti makanan dan perubatan menyebabkan penduduk di sana hidup dalam keadaan kebuluran yang teruk.

Sebagai info, tarikh 19 Januari ini juga merupakan hari terakhir Presiden AS, Joe Biden bertugas di mana esoknya, 20 Januari, Donald Trump akan mengangkat sumpah Presiden AS ke-47.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Setuju Gencatan Senjata 4 Hari, Mahu 50 Tebusan Dibebaskan

Baca Artikel Berkaitan: Jumlah Kematian Rakyat Palestin Terus Meningkat, Cecah Lebih 15,500

Baca Artikel Berkaitan: Gencatan Senjata Perang Israel-Palestin Tamat, Zionis Sambung Bedil Gaza


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd