Now Reading
[Video] Ramai Tersentuh Lihat Peniaga Warga Emas Tunduk Hormat Kepada Pelanggan Tanda Terima Kasih

[Video] Ramai Tersentuh Lihat Peniaga Warga Emas Tunduk Hormat Kepada Pelanggan Tanda Terima Kasih

Lelaki warga emas itu menjual produk kuih sejuk beku (frozen) iaitu karipap dan cucur badak hasil air tangannya serta isteri hanya melalui bonet kereta Perodua Kancil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Individu yang terlibat dalam dunia perniagaan mempunyai cara tersendiri dalam melariskan produk jualan mereka. Samalah juga dalam menghargai pelanggan yang membuat pembelian.

Selain ucapan terima kasih yang biasa diucapkan, ada peniaga yang akan memberi ganjaran berbentuk kupon atau diskaun sebagai menghargai pelanggan setia mereka.

Malah, ada yang turut menawarkan keahlian percuma dengan pelbagai keistimewaan terutama ketika hari lahir pelanggan.

Peniaga Akan Tunduk Tanda Terima Kasih Kepada Pelanggan

Namun berbeza pula dengan seorang peniaga warga emas ini yang mempunyai cara tersendiri menzahirkan ucapan terima kasih kepada pelanggannya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ftnpqa, peniaga lelaki itu dilihat akan menunduk hormat sebagai tanda terima kasih kepada setiap pelanggan yang membuat pembelian.

Difahamkan, itulah yang akan dilakukan oleh warga emas itu setiap kali ada orang yang membeli produk jualannya.

“Setiap kali orang beli, pak cik ini memang akan tunduk tanda terima kasih,” kongsi pengguna berkenaan.

Siap Doakan Kebaikan Buat Pelanggan

Bukan sahaja itu, apa yang lebih menyentuh hati adalah dia juga akan menitipkan doa buat pelanggannya.

“Siap doakan lagi untuk kita ni, semoga doa pak cik Allah angkat ye,” kongsinya.

Peniaga Jual Produk Frozen Hasil Tangan Isteri

Melalui perkongsian tersebut, lelaki warga emas berkenaan dilihat menjual produk kuih sejuk beku (frozen) iaitu karipap dan cucur badak hasil air tangannya serta isteri hanya melalui bonet kereta Perodua Kancil.

Lebih menarik, harga yang dijual tidaklah terlalu mahal dan amat berpatutan sesuai dengan kuantiti yang dijual iaitu RM6 bagi 12 biji kuih.

Difahamkan, lokasi perniagaannya terletak berhadapan Tunas Manja Sungai Isap, Kuantan, Pahang dan waktu operasi perniagaannya bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 malam.

Pengguna Mahu Orang Ramai Support Perniagaan

Pemilik video yang tersentuh melihat kegigihan warga emas itu dalam mencari rezeki turut mengajak orang ramai khususnya yang berada di sekitar Kuantan agar memberi sokongan kepada peniaga berkenaan.

“Orang Kuantan datanglah support dan beli kuih pak cik ini. Semoga ini menjadi asbab Allah bagi banyak rezeki untuk pak cik,” tulisnya lagi.

https://www.tiktok.com/@ftnpqa/video/7459415785597930770

Apakah Hukum Tunduk Hormat?

Untuk info, perbuatan menundukkan badan (tanda hormat) dengan niat bagi menghormati seseorang adalah harus.

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia bagaimanapun bersyarat iaitu tidak memuliakan atau membesarkan seseorang itu melebihi atau sama taraf dengan mengagungkan Allah SWT.

Bukan itu sahaja, tunduk hormat itu juga perlu dipastikan tidak melebihi had seperti mana rukuk ketika solat.

Ramai Yang Mahu Tunjukkan Sokongan

Video yang telah mendapat lebih 386,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang turut tersentuh melihat peniaga warga emas itu, malah majoriti mereka juga meluahkan hasrat mahu menyokong perniagaannya.

Tidak hanya itu, ada netizen yang berkongsikan pengalaman serta kebaikan peniaga berkenaan ketika membeli produk jualannya.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Paling Tak Boleh Bendung Air Mata Waktu Pak Cik Tu Tunduk, Siapa Yang Berdekatan Tolong Bantu Pak Cik Ni”

“Dari Korang Beratur Beli Produk Orang Dah Kaya Tu, Baik La Pergi Support Peniaga Macam Ni”

“Korang Belila Kuih Dia, Memang Sedap. Hari Tu Aku Bagi Lebih Sikit, Dia Doakan Aku Sampai Aku Masuk Kereta”

“Kalau Ada Rezeki Pergi Kuantan, Nak Singgah Support”

“Orang Macam Ini Kita Kena Support Sebab Diorang Berniaga Bukan Untuk Kaya Tapi Untuk Teruskan Hidup”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd