[Video] Lelaki Kongsi Doa Interview, Ramai Akui Dapat Kerja Selepas Amalkan
Menurut lelaki itu, doa yang dimaksudkan adalah doa Nabi Musa AS yang diambil dalam al-Quran iaitu surah Taha ayat ke-25 hingga ke-28.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Temu duga merupakan antara proses yang perlu dilalui oleh setiap orang yang ingin mendapatkan pekerjaan baru di sesebuah syarikat atau organisasi.
Tidak kira sama ada ‘fresh graduates’ mahupun yang sedang berkerja, sekirannya kita menerima panggilan untuk menghadiri sesi temu duga bagi jawatan yang dimohon pasti akan berasa teruja.
Di sebalik perasaan itu, tipulah jika tidak ada sedikitpun rasa takut dan gentar untuk menghadapi interview apatah jika ia dilakukan secara bersemuka.
Jika sudah melakukan persiapan fizikal dan mental, berdoa serta tawakal sahajalah yang tinggal dilakukan.
Lelaki kongsi doa untuk temu duga kerja
Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga TikTokers dikenali sebagai Mirul berkongsi satu doa yang boleh diamalkan bagi sesiapa sahaja yang akan melalui sesi temu duga kerja.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@abangmirul_), Amirul berkata doa itu merupakan doa Nabi Musa AS yang diambil dalam al-Quran iaitu surah Taha ayat ke-25 hingga ke-28.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Terjemahan rumi: Robbish rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul u’qdatam mil lisaani yafqohu qoulii
Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkan bagiku segala urusanku dan lancarkanlah lidahku, supaya mereka memahami kata-kataku.”
Ramai yang hafal, tapi tidak tahu waktu bila yang sesuai dibaca
Menurutnya, dia yakin bahawa ramai orang yang sudah menghafal doa dipermudahkan urusan itu, namun tidak tahu waktu bilakah yang sesuai untuk dibaca.
“Kalau saya nak pergi interview, saya akan mula baca doa ini daripada saya mula naik kereta sampailah ke tempat nak temu duga
“Semasa tunggu giliran pun saya baca sampailah nak masuk bilik temu duga pun baca. Insya-Alla, Allah akan permudahkan urusan,” katanya.
Menurutnya lagi, bagaimanapun sekiranya masih tidak mendapat perkerjaan tersebut anggap sahaja tiada rezeki dan ada hikmah di sebaliknya.
Jelas Mirul, kita masih mendapat pahala kerana membaca doa tersebut kerana doa itu merupakan surah yang ada di dalam al-Quran.
Ramai akui keberkesanan doa dipermudahkan urusan itu
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengakui tentang keberkesanan doa tersebut.
Kebanyakan mereka berkongsi pengalaman yang dilalui selepas mengamalkan doa nabi Musa AS itu.
Bukan hanya untuk temu duga kerja, doa ini juga boleh diamalkan untuk urusan seharian yang lain juga.




Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram