Produk Sandwich Ham & Cheese Disahkan Tiada Sijil Halal Oleh JAKIM
Jakim mengesahkan produk Ham and Cheese Sandwich yang tular tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada Sabtu (11 Januari) lalu, kecoh di media sosial penutupan serta-merta dua kedai serbaneka dalam Universiti Malaya (UM) berikutan dakwaan penemuan produk Sandwich Ham & Cheese yang diragui status halalnya.
UM menerusi satu kenyataan di Facebook milik mereka menjelaskan, penutupan premis 24 jam tersebut adalah bagi memberi ruang agar siasatan dapat dijalankan bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.
KENYATAAN MEDIA PENUTUPAN SERTA-MERTA DUA PREMIS JUALAN RUNCIT 24-JAM DI UM KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2025 – Universiti…
Posted by Universiti Malaya on Friday 10 January 2025
Pengumuman itu nyata mendapat perhatian ramai termasuklah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh yang meminta agar polis menyiasat penjualan produk tersebut yang dikatakan mempunyai pelekat halal pada bungkusannya.
Malah, Akmal turut mempersoal jaminan keselamatan produk jualan lain yang mempunyai logo halal di rangkaian kedai serbaneka popular itu.
Luka lama pon masih belum sembuh,kini ditusuk lagi luka yang baru Minta pihak berkuasa siasat dan tindakan yang tegas perlu diambil #drakmalsalehLuka lama pon masih belum sembuh,kini ditusuk lagi luka yang baru Minta pihak berkuasa siasat dan tindakan yang tegas perlu diambil #drakmalsaleh
Posted by Akmal Saleh on Sunday 12 January 2025
JAKIM Sahkan Produk Sandwich Ham & Cheese Tiada Sijil Halal
Terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk Ham and Cheese Sandwich yang tular tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Bahagian Pengurusan Halal Jakim telah menerima banyak pertanyaan berhubung status produk tersebut di media sosial.
Tindakan Syarikat Cetak Logo Halal Malaysia Adalah Satu Kesalahan
Jelas beliau, Jakim telah melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat (10 Januari) lalu.
“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.
“Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang sudah diambil oleh KPDN,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Nasihat pengguna Sentiasa Semak Status Halal
Jelas Dr Mohd Na’im lagi, pengguna dinasihatkan agar sentiasa menyemak status halal sesuatu produk menerusi Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal.
Terdahulu, status halal produk sandwich tersebut mula tular apabila kumpulan PEMBINA UM telah membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung status halal yang diragui pada produk berkenaan pada Jumaat (10 Januari) lalu.
Menerusi hantaran di TikTok @pembinaum, mereka turut membuat pencarian di Portal Halal Malaysia dan mendapati status halal produk tersebut tidak terdapat di laman web tersebut.
@pembinaum PENGGUNAAN LABEL HAM PADA MAKANAN BERSTATUS HALAL? Makanan berstatus halal tetapi berlabelkan ham? Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku? pembinaum PPIM halal kkmart
♬ original sound – PembinaUM – PembinaUM
Info Ringkas Tentang Hamburger
Sebagai info, Hamburger membawa maksud sandwich yang diperbuat daripada roti bersama toppings dan daging patty daripada pelbagai sumber.
Namun di Amerika Syarikat, ham lebih popular sebagai daging babi berbanding negara seperti Jerman dan Jepun yang menggelar segala jenis burger sebagai hamburger.
Makanan yang dipercayai berasal dari Hamburg, Jerman itu sering menjadi kegemaran orang ramai namun apa yang membezakan hanyalah daging pattynya.
Pun begitu di Malaysia, orang ramai lebih memilih menyebut burger memandangkan ham membawa maksud daging babi bagi mengelakkan kekeliruan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram