Kalau Dah Rezeki! Kanak-Kanak Umur 6 Tahun Menang Cabutan Bertuah Kereta Perodua Axia
Sebaik tiba giliran Mohd Zulfikar Al Fateh, kunci yang dipilih oleh si cilik itu berjaya membuka pintu Perodua Axia berkenaan sekali gus menjadikan dia sebagai pemenang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Cabutan bertuah merupakan antara acara yang sering mendapat tempat di hati orang ramai.
Manakan tidak, kebanyakan acara ini lazimnya menawarkan hadiah yang amat lumayan lebih-lebih lagi jika ganjaran utamanya berupa kenderaan seperti kereta atau motosikal.
Perkara ini sudah pastinya mengujakan ramai pihak khususnya golongan dewasa yang berhasrat untuk memenangi hadiah tersebut.
Namun sudah namanya rezeki, tidak kiralah di usia berapa sekali pun, ia tetap akan menjadi milik mereka yang bertuah.
Ibu Anggap Kemenangan Anak Sebagai Hadiah Tahun Baharu
Itulah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun apabila dia berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua Axia dalam acara cabutan bertuah di sebuah pusat beli-belah yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Bagi ibu kanak-kanak yang dikenali sebagai Norazemah Nordin, kemenangan itu ibarat hadiah tahun baharu buat mereka sekeluarga selepas anak lelakinya Mohd Zulfikar Al Fateh Mohd Fauzi memperolehi rezeki yang tidak disangka itu.
Kanak-Kanak Umur 6 Tahun Berjaya Pilih Kunci Yang Tepat
Pada mulanya, seramai tiga peserta dipanggil ke atas pentas sebagai finalis selepas nombor mereka dicabut.
Kesemua mereka kemudiannya diminta untuk memilih satu daripada tiga kunci yang kelihatan sama yang mana salah satunya akan dapat membuka pintu kereta Perodua Axia itu.
Sebaik tiba giliran Mohd Zulfikar Al Fateh, kunci yang dipilih oleh si cilik itu berjaya membuka pintu kenderaan berkenaan sekali gus menjadikan dia sebagai pemenang.
“Hadiah ini adalah rezeki anak. Ia adalah hadiah tahun baharu yang tidak pernah disangkakan. Kami benar-benar bersyukur,” kata ibu Mohd Zulfikar Al Fateh.
Datang Pusat Beli-Belah Hanya Untuk Ambil Cermin Mata Yang Ditempah
Jelas Norazemah yang juga ibu kepada empat orang anak itu, dia datang ke pusat membeli-belah itu kerana mahu mengambil cermin mata yang ditempah di kedai yang menganjurkan acara cabutan bertuah tersebut iaitu Robert.T 1994 sebelum dia diberitahu layak menyertai program berkenaan.
“Kami sudah ada kereta. Jadi bagi kereta yang baru dimenangi ini pula, kami akan menggunakannya untuk percutian istimewa,” katanya lagi.
Malah, Norazemah turut memaklumkan bahawa suaminya yang bekerja di Kota Kinabalu akan membawa sendiri Perodua Axia tersebut pulang ke Keningau, Sabah.
Untuk info, Majlis Cabutan Bertuah itu telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.
Pernah Ada Budak Perempuan 5 Tahun menang Perodua Aruz
Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun juga pernah menjadi perhatian apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah jenis Kereta Perodua Aruz dalam program Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada tahun lalu.
Ya Allah . Syukur ke hadrat ilahi . Rezeki Ainul Mardhiah menang cabutan bertuah dapat KERETA ARUZ Sik sempat nak…
Posted by Pisza Kawi on Saturday 17 August 2024
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram