Now Reading
[Video] Alunan Bacaan Doa & Surah Pekerja Warga Asing Sebelum Masuk Kerja Buat Ramai Kagum

[Video] Alunan Bacaan Doa & Surah Pekerja Warga Asing Sebelum Masuk Kerja Buat Ramai Kagum

Apa yang menjadi perhatian adalah alunan bacaan doa oleh buruh asing itu amat merdu seolah-olah seperti bacaan seorang Imam ketika solat jemaah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk memulakan pekerjaan mereka. Ada yang perlu mengambil mood dengan cara mengemas atau melakukan aktiviti lain terlebih dahulu sebelum bekerja.

Bagi umat Islam lazimnya akan berdoa sebelum melaksanakan tugas pada hari tersebut.

Kebiasaannya, bacaan doa hanya dilakukan sendiri namun ada juga syarikat yang menjadikan ia sebagai rutin harian dan diketuai oleh masyarakat tempatan.

Pekerja Warga Asing Baca Surah & Doa Sebelum Mula Bekerja

Namun, lain pula dengan sebuah syarikat ini apabila sesi tersebut diketuai oleh pekerja warga asing.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @yih1992, kelihatan seorang pekerja binaan yang dipercayai warga Bangladesh telah mengetuai bacaan doa sebelum memulakan pekerjaan.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pekerja binaan yang lain turut menadah tangan tanda mengaminkan doa itu.

Alunan Bacaan Doa Seperti Imam Dalam Solat

Apa yang menjadi perhatian adalah alunan bacaan doa oleh buruh asing itu amat merdu seolah-olah seperti bacaan seorang Imam ketika solat jemaah.

Jelas pengguna itu menerusi ruangan komen, rakan pekerja itu mendakwa individu terbabit dipercayai merupakan seorang hafiz.

Foto: Tangkap Layar TikTok

Melalui perkongsian berasingan, dapat dilihat pekerja yang sama turut mengalunkan surah An-Nisa sebelum memulakan pekerjaan mereka.

Difahamkan, mereka semua adalah pekerja kontrak yang terlibat dalam projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu, Kelantan.

Ramai Kagum & Teruja Dengar Bacaan Doa Serta Ayat Suci Al-Quran

Video yang telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan teruja apabila  mendengar alunan bacaan doa dan ayat suci al-Quran oleh pekerja warga asing terbabit.

Malah disebabkan kemerduan itu, ada yang mencadangkan agar mereka diberi peluang untuk menjadi imam solat jemaah khususnya solat Terawih.

Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsikan pengalaman sendiri di mana individu warga asing di tempat kerja mereka juga mempunyai kemahiran dan pendidikan yang tinggi.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Doa Dia Gabungan Ayat Al-Quran & Doa Qunut, Dengan Makhraj & Tajwid Yang Agak Mantap”

“Perkara Biasa Dalam Site Besar, Ada Toolbox Pasti Ada Sesi Bacaan Doa”

“Adakah Dia Seorang Tahfiz Di Negara Sana? Bacaan Merdu”

“Dia Ni Mesti Budak Belajar Al-Quran Sebab Bacaannya Dari Segi Mahkraj & Tajwid Sangat Baik”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd