Pengarah Narkotik Dipecat Isu Peras Ugut Rakyat Malaysia Di DWP Indonesia
Terdahulu, tular di media sosial lebih 400 rakyat Malaysia yang hadir ke festival DWP diperas ugut oleh pihak Polis Indonesia ketika mereka ditahan secara membuta tuli tanpa alasan yang kukuh.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sekitar bulan Disember lalu, tular di media sosial dakwaan para pengunjung Malaysia yang hadir ke festival muzik EDM, Djakarta Warehouse Project (DWP) 2024 di Jakarta, Indonesia telah berdepan tindakan mengejutkan oleh pihak polis di sana.
Ramai pengguna media sosial yang mendakwa mereka telah diperas ugut oleh anggota polis ketika ditahan di festival berkenaan tanpa alasan yang kukuh.
Susulan kekecohan itu, penganjur DWP 2024, Ismaya Live meluahkan rasa kesalnya dan menyatakan bahawa isu pemerasan oleh anggota polis Indonesia itu akan disiasat oleh pihak berkuasa.
Baca Artikel Berkaitan: Lebih 400 Rakyat Malaysia Dakwa Diperas Ugut Polis Indonesia Ketika Sertai Festival Muzik EDM
Pengarah Jabatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya Jakarta dipecat
Terbaharu, Ketua Pengarah Jabatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya Jakarta, Donald Parlaungan Simanjuntak dipecat secara ‘tidak hormat’ daripada institusi kepolisian berhubung kes pemerasan tersebut.
Menurut Awani yang memetik media tempatan, Ketua Pesuruhjaya Polis, M Choirul Anam berkata keputusan pemecatan itu adalah berdasarkan penemuan pelanggaran kod etika dan profesion Polis Republik Indonesia (Polri).
“Keputusan sidang menetapkan tindakan ‘pemberhentian tidak dengan hormat’ untuk direktur (ketua pengarah) bahagian narkotik dan ketua unitnya juga,” katanya.
Nasib anggota polis yang lain akan diketahui hari ini
Dalam pada itu, M Choirul berkata, nasib anggota polis lain yang didapati terlibat dalam kes tersebut akan diputuskan hari ini (2 Januari).
Menurutnya, kedua-dua pegawai tinggi yang dikenakan tindakan pecat itu telahpun mengajukan rayuan pertimbangan.
Kes pemerasan terhadap rakyat Malaysia di DWP melibatkan sejumlah 18 anggota polis yang terdiri daripada mereka yang bertugas di pejabat polis bahagian, polis bandar mahupun polis daerah.
Sehingga kini, kesemua mereka telah ditahan sementara menunggu siasatan lanjut.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.