Now Reading
[Video] Tular Insiden Kereta ‘Peti Ais’ Potong Barisan Bikin Ramai Panas

[Video] Tular Insiden Kereta ‘Peti Ais’ Potong Barisan Bikin Ramai Panas

Tindakan dua pemandu Toyota Alphard memotong barisan itu dirakam oleh salah seorang pemandu lori yang turut berada di kawasan berkenaan semasa kejadian berlaku.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pelbagai ragam pemandu dapat dilihat semasa berada di atas jalan raya. Ada yang mematuhi undang-undang dan memandu secara berhemah dan ada pula yang bersikap sebaliknya sehingga menyusahkan orang lain.

Antara sikap buruk segelintir pemandu yang sering ditemui adalah seperti tidak memberikan isyarat, masuk lorong secara tiba-tiba dan memotong barisan.

Walaupun pelbagai kempen telah dilakukan untuk memberi kesedaran mengenai kesalahan terbabit, tetapi masih ada segelintir yang dilihat degil dan mementingkan diri.

Tular 2 Alphard potong Q di kompleks CIQ Johor Bahru

Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan dua buah Toyota Alphard berwarna putih memotong barisan secara serentak.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @ricxxxkiddo, kejadian tersebut dipercayai berlaku berdekatan Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Perkara itu dirakam oleh salah seorang pemandu lori yang turut berada di kawasan berkenaan semasa kejadian berlaku.

Guna lorong lori, bas dan teksi sebelum potong barisan

Menerusi rakaman terbabit, kedua-dua buah kenderaan jenis MPV mewah itu dipercayai melalui lorong lori, bas dan teksi untuk masuk ke kompleks CIQ.

Setibanya di kawasan yang mempunyai deretan kon pembahagi antara dua jenis lorong, kedua-dua pemandu dengan segera ‘mencucuk’ masuk ke laluan kereta yang sepatutnya digunakan oleh mereka daripada awal lagi.

Jelas, tindakan sedemikian adalah memotong barisan, namun tidak pasti sama ada ia disengajakan atau kedua-dua pemandu itu tidak sengaja memasuki lorong yang salah.

Ramai pakat kecam, siap kaitkan dengan nombor plate ‘J’

Pun begitu, ruangan komen pada hantaran tersebut telahpun dipenuhi dengan pelbagai kecaman daripada pengguna media sosial terhadap sikap kedua-dua pemandu itu memotong barisan.

Malah, ada segelintir yang mengaitkannya dengan negeri nombor pendaftaran kereta terbabit iaitu Johor.

Rata-rata pengguna X turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemandu atas kesalahan memotong barisan.

Memotong barisan adalah satu kesalahan!

Untuk info, memotong barisan khususnya ketika waktu puncak merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987), jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dikenakan saman berjumlah RM300.

Individu juga boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 166/59 (kaedah 6) dengan denda maksimum RM300 jika melakukan perkara yang sama.

Berikut merupakan tangkap layar komen yang diberikan oleh pengguna X:

Baca Artikel Berkaitan: “Ambil Kau!” – Ramai Puas Hati Lihat Kereta Potong Q Dekat Lampu Isyarat Ditahan Polis [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd