Now Reading
“Tak Perlu Bermalam Di Lokap” – Fahmi Reza Disoal Siasat Isu Satira ‘Koruptor No.1 Sabah’

“Tak Perlu Bermalam Di Lokap” – Fahmi Reza Disoal Siasat Isu Satira ‘Koruptor No.1 Sabah’

Dalam karya satira tersebut, kelihatan imej bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Musa Aman seakan sedang mengigit wang kertas RM100.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja nama Fahmi Reza, pasti ramai yang mengenali aktivis dan kartunis kontroversi ini yang sering membuat karya grafik satira mengenai isu di Malaysia yang melibatkan individu ternama serta golongan berpengaruh.

Fahmi yang pernah melakar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut itu sememangnya sering dipanggil dan ditahan pihak polis untuk disoal siasat berhubung karya-karya satiranya.

Pun begitu, perkara terbabit sedikit pun tidak pernah mengubah pendiriannya untuk terus membuat satira-satira membabitkan individu berpengaruh dan ahli politik di negara ini.

Fahmi disoal siasat berhubung satira Koruptor No.1 Sabah

Terbaharu, Fahmi telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini (19 Disember) untuk disoal siasat berhubung satira ‘Koruptor No.1 Sabah’.

Dalam karya tersebut, kelihatan imej bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Musa Aman sedang mengigit wang kertas RM100 selain terdapat teks berwarna merah yang mendakwa Musa sebagai perasuah nombor satu di Sabah.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik di akaun X miliknya, Fahmi berkata siasatan itu tamat lebih awal berbanding jangkaannya dan dia tidak ditahan polis.

“Aku baru habis ‘dating’ dengan polis. Date habis awal, tak perlu bermalam di lokap Dang Wangi malam ini,” ciapnya.

Disiasat mengikut Akta Hasutan, dakwa laporan dibuat MCMC

Fahmi dalam masa yang sama mendakwa dia diberitahu bahawa laporan untuk siasatan dijalankan terhadapnya dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Susulan itu, Fahmi berkata dia disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Peringatan kepada MCMC dan Kerajaan Madani, mengkritik pemerintah dan penguasa dengan seni dan satira bukan satu jenayah.

“Kalau tidak mahu dibadutkan rakyat, jangan jadi pemerintah yang bangs*t,” ciapnya lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd