Now Reading
Sijil Nikah Ibu Bapa Bayi Dibekukan Sahih, Pemfitnah Akan Disaman Jika Tak Padam Hantaran – Peguam Ahmad Zaharil

Sijil Nikah Ibu Bapa Bayi Dibekukan Sahih, Pemfitnah Akan Disaman Jika Tak Padam Hantaran – Peguam Ahmad Zaharil

Menurut Ahmad Zaharil, tindakan saman sivil dan jenayah mungkin boleh diambil terhadap pihak hospital kerana kesalahan menyimpan jenazah bayi selama 16 hari disebabkan bapa tidak menjelaskan bil rawatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kisah mengenai jasad seorang bayi lelaki yang telah meninggal dunia didakwa dibekukan selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang yang didedahkan oleh Pengasas Pengurusan Jenazah UKVJ, Wan Cai sememangnya mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia.

Ia turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad yang menyatakan bahawa Kementeri Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: KKM Jalankan Siasatan Selepas Tular Dakwaan Hospital Swasta Beku & Tahan Jasad Bayi 2 Minggu

Tidak hanya itu, peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar juga tampil ingin membantu ibu bapa kepada bayi yang dikenali sebagai Muhammad Adham Mikail itu.

Beri tempoh 3 jam untuk netizen padamkan fitnah dan tuduhan di media sosial

Terbaharu, bapa kepada Adham, Safwan Roshdy memberi tempoh tiga jam kepada netizen yang melontarkan fitnah dan tuduhan di media sosial supaya menarik balik atau berdepan tindakan saman.

Ahmad Zaharil atau turut dikenali sebagai peguam ‘kotak pensel’ yang mewakilii Safwan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa pemilik akaun media sosial yang melemparkan fitnah terhadap anak guamnya termasuk dakwaan tidak berkahwin.

Setakat artikel ini ditulis, tempoh tiga jam yang diberikan itu telahpun habis.

Semakan di Jaips dapati sijil nikah pasangan itu sah

Menurut Ahmad Zaharil, pihaknya sudah membuat semakan terhadap sijil perkahwinan anak guamnya itu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) yang kemudian mengesahkan kesahihan sijil berkenaan.

“Kami beri tiga jam (sehingga 12 tengah malam ini) untuk padamkan hantaran atau komen (fitnah).

“Jangan buat andaian jumud. Kami sudah kenal pasti (netizen) sama ada yang buat siaran langsung TikTok dan sebagainya,” katanya dipetik Harian Metro.

Kenyataan hospital, laporan polis dibuat sebelum tindakan undang-undang diambil

Mengenai kenyataan yang dikeluarkan pihak hospital swasta itu pula, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis sebelum tindakan undang-undang diambil.

Menurutnya lagi, tindakan saman sivil dan jenayah mungkin boleh diambil terhadap pihak hospital kerana kesalahan menyimpan jenazah bayi selama 16 hari disebabkan bapa tidak menjelaskan bil rawatan.

Ujarnya, bagaimanapun pihaknya perlu mendapatkan siasatan lanjut oleh pihak polis dan KKM berhubung perkara itu.

Wan Cai menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya semalam (12 Disember) turut berkongsi saat pertemuan di antara Safwan dan Ahmad Zaharil bersama beberapa pihak yang lain.

Sudah buat laporan polis terhadap hospital

Tidak hanya itu, terdapat juga hantaran yang memaparkan Ahmad Zaharil dan Safwan di hadapan sebuah balai polis selepas melakukan laporan berhubung isu tersebut.

“Laporan polis terhadap pihak hospital telah dibuat oleh bapa Adham dengan ditemani oleh peguam Datuk Ahmad Zaharil,” tulis Wan Cai.

Dakwa pasangan terbabit belum bernikah, tak pernah buat pemeriksaan kehamilan

Terdahulu, pihak hospital swasta terbabit menerusi satu kenyataan mendakwa bahawa pasangan itu tidak bernikah dan ibu bayi berkenaan tidak pernah mempunyai sebarang pemeriksaan sepanjang kehamilannya (Antenatal).

Jelas kenyataan itu, pihak hospital terbabit hanya menerima pesakit berkenaan atas dasar kemanusiaan meskipun tidak berdaftar dan saringan.

Baca Artikel Berkaitan: Jenazah Bayi Dibeku: Individu Selar Kenyataan Hospital Dakwa Ibu Bapa Tiada Sijil Kahwin

Baca Artikel Berkaitan:


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd