Now Reading
Pakej Trip Nikah Di Thailand Boleh Dikenakan Undang-Undang

Pakej Trip Nikah Di Thailand Boleh Dikenakan Undang-Undang

Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan agensi yang menawarkan pakej trip Nikah di Thailand boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada awal bulan lalu, tular di media sosial perkhidmatan pakej nikah di negara jiran, Thailand oleh sebuah agensi yang didakwa telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Apa yang menjadi perhatian adalah agensi itu menawarkan pakej istimewa yang berharga RM1,699 dengan konsep ‘nikah dahulu, bayar kemudian’ istimewa buat pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga secara sah di negara itu.

Malah, prosesnya yang didakwa mudah dan cepat nyata menarik perhatian pengguna media sosial hingga ramai yang menunjukkan minat terhadap pakej tersebut.

Namun, ada juga di antara mereka yang mempersoalkan status serta pengiktirafan jika melangsungkan pernikahan di sana.

Foto: TikTok
Foto: TikTok

Agensi Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan agensi yang menawarkan pakej trip Nikah di Thailand boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

Jelas beliau, amalan itu bertentangan dengan peraturan dan peruntukan undang undang di negara ini.

“Dalam perkahwinan itu, katakanlah mereka kahwin di Thailand, cukup syarat nikah dia, rukun dia, wali ada dan saksi pun ada, perkahwinan itu sah daripada sudut hukum.

“Tetapi ia bertentangan dengan peraturan dan undang-undang negara kita. Sebab itu, kita nak lahirkan umat Islam yang bukan sahaja patuh kepada hukum, pada masa sama rakyat yang mematuhi peraturan dan undang-undang,” katanya yang dipetik dari Astro Awani.

Mohon Orang Ramai Tidak Terpengaruh

Pada masa yang sama, Mohd Na’im menggesa agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan promosi atau pakej yang ditawarkan oleh agensi yang didakwa telah berdaftar dengan SSM itu.

“Sebab peraturan sebenarnya untuk melindungi, membina hak semua pihak secara adil. Jadi saya syorkan kepada masyarakat luar hati-hati dengan media sosial promosi itu… bimbang lagi teruk kena scam.

“Disebabkan nak cepat nikah, tahu-tahu kena scam. Orang sekarang nak cepat buat duit, akhirnya nikah entah ke mana, duit pun hilang,” katanya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Daftar Kahwin Di Perlis Selepas Nikah Di Thailand Tidak Perlu Kebenaran Isteri Pertama

Baca Artikel Berkaitan: 70% Nikah Di Siam Sebab Poligami, Kos Nikah Kini Naik Cecah RM1,500


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd