Murid Tahun 4 Alami Lebam Pada Muka, Dipercayai Ditampar & Ditumbuk Guru
Pihak pusat jagaan kanak-kanak itu turut meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan ganas guru terbabit sebelum pihaknya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Larkin, Johor semalam (5 Disember).
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/plugins/wp-user-avatar/deprecated/wp-user-avatar/images/wpua-96x96.png)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/12/Guru-tampar-budak_1.jpg)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Guru merupakan individu yang bertanggungjawab mengajar dan membentuk seseorang menjadi insan berjaya di masa hadapan.
Tugas guru sebagai pendidik bukanlah mudah. Oleh sebab itu, ramai yang menghormati profesion ini hingga ada perumpamaan yang mengibaratkan mereka seperti lilin yang membakar diri.
Namun, sejak akhir-akhir ini ada sahaja berita yang dilaporkan di media mengenai sikap segelintir guru yang dilihat tidak bertanggungjawab serta memberi layanan yang tidak sepatutnya kepada murid.
Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Lebam Pada Muka, Dipercayai Ditampar & Ditumbuk Guru
Terbaharu, seorang murid tahun empat mengalami lebam pada bahagian muka dipercayai ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Johor Bahru, Johor.
Menurut pihak pengurusan pusat jagaan kanak-kanak, kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun itu dikenakan hukuman berkenaan selepas berlakunya perselisihan faham antara mangsa dan pelajar lain di sebuah makmal komputer sekolah.
“Saya terima laporan bahawa mangsa mendakwa disepak sebelum terjatuh dan menangis. Cikgu lelaki terbabit didakwa menampar dan tumbuk muka budak itu.
“Kemudian rambut mangsa ditarik dan diheret sampai ke pejabat sekolah berkenaan,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.
Pihak Pengurusan Pusat Jagaan Zahir Rasa Kecewa
Pada masa yang sama, pusat jagaan itu turut meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan ganas guru terbabit sebelum pihaknya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Larkin, Johor semalam (5 Disember).
“Ini bukan nak mendidik tetapi mencederakan budak. Walau nakal macam mana sekali pun, ikutlah SOP (prosedur operasi standard).
“Nak rotan dipersilakan, tapi ikut SOP KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bukan belasah budak ikut nafsu sampai ‘blue black’ (lebam) muka budak,” katanya lagi.
Polis Sahkan Ada Terima Laporan Polis
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi media mengesahkan kejadian itu.
Jelasnya, kes telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan telahpun dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan menyiasat (OTI).
Hantaran Pengasas Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Tular Di Media Sosial
Terdahulu, tular di media sosial hantaran pengasas Rumah Perlindungan Kanak-Kanak TBQ Amal (TBQ Amal) Herman Sudir yang mendakwa seorang guru lelaki menyepak muka seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang juga merupakan penghuni rumah amal tersebut.
Malah, dia turut mendakwa kanak-kanak direntap rambut dan diseret oleh guru berkenaan.
“Sebab dia takde mak bapak, cikgu berani buat begitu? Sebab dia duduk dirumah kebajikan maka boleh perlakukan budak ini lebih teruk dari binatang?
“Ini bukan nak mendidik tetapi mencederakan budak. Walau nakal macam mana sekali pun, ikutlah SOP.
“Nak rotan dipersilakan, tapi ikut SOP KPM bukan belasah budak ikut nafsu sampai blue black muka budak.
“TBQ Amal akan buat laporan polis dan serah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakkan yang sewajarnya.
“Mohon share agar perkara ini dinoktahkan disemua sekolah!” tulisnya lagi.
Hantaran tersebut nyata menjadi perhatian hingga ramai yang mahu pusat jagaan berkenaan membuat laporan polis dan mengambil tindakan terhadap guru berkenaan.
Boleh ke cikgu lelaki sekolah SEPAK muka budak 10 tahun? Selepas tu bila budak jatuh menangis dia TUMBUK pulak! Lepas tu…
Posted by Herman Sudil on Thursday 5 December 2024
Baca Artikel Berkaitan: Polis Terima 4 Laporan Berhubung Dakwaan Murid Dipukul Dengan Penyapu Di Kem Motivasi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.