Now Reading
[Video] Tindakan Pemandu Myvi Menyelit Sebelah Treler Semasa Di Selekoh Buat Ramai Geram

[Video] Tindakan Pemandu Myvi Menyelit Sebelah Treler Semasa Di Selekoh Buat Ramai Geram

Melalui perkongsian terbabit, dapat dilihat laluan selekoh berkenaan sememangnya agak sempit dan memerlukan kenderaan besar seperti treler itu mengambil ruang untuk melepasinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pengguna jalan raya seringkali diingatkan agar sentiasa peka dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini contohnya seperti kemalangan.

Walaupun telah banyak kali diingatkan namun masih ada segelintir orang yang bersikap pentingkan diri dan tidak peka ketika berada di jalan raya.

Perodua Myvi Tetap Mahu Menyelit Walaupun Dah Nampak Treler

Terbaharu, tular di media sosial video menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi cuba melalui laluan selekoh yang pada ketika itu dilalui oleh sebuah lori treler.

Menerusi rakaman video kamera yang dikongsikan di TikTok @mrdriver5061, dapat dilihat Perodua Myvi berkenaan nyaris dilanggar oleh lori tersebut gara-gara perbuatannya itu.

Pada permulaan video tersebut, lori yang membawa muatan kereta sedang mengambil jarak bagi melalui laluan selekoh itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan selfish pemandu Perodua Myvi berkenaan yang dilihat tetap mahu menyelit walaupun kenderaan berat di hadapannya itu sedang melalui laluan selekoh tersebut.

Pemandu Lori Peka, Bagi Laluan Kepada Perodua Myvi

Peka dengan apa yang berlaku, pemandu lori itu dilihat terus memberhentikan kenderaannya dan memberi laluan kepada kereta berkenaan.

Sedar dengan tindakan pemandu lori, kelihatan Perodua Myvi itu kemudiannya terus memecut laju dan berlalu pergi meninggalkan lori treler.

Melalui perkongsian itu juga, dapat dilihat laluan yang digunakan oleh pemandu lori terbabit sememangnya agak sempit dan memerlukan kenderaan besar seperti treler itu mengambil ruang untuk melepasinya.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam1.20 petang semalam (4 Disember) di kawasan industri berhampiran Jalan Kusta, Sungai Buloh.

https://www.tiktok.com/@mrdriver5061/video/7444466266175327489

Pengguna Media Sosial Beri Pendapat Masing-Masing

Video yang telah mendapat lebih 840,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai kejadian berkenaan. Namun majoritinya memuji sikap pemandu lori terbabit yang bertolak ansur dan peka dengan keadaan sekeliling.

Malah, ramai juga yang meluahkan rasa geram dengan pemandu Perodua Myvi berkenaan yang dilihat tidak sabar dan terburu-buru menyelit masuk ke laluan tersebut tanpa memikirkan kenderaan berat di hadapannya.

Namun, ada juga pengguna yang menyalahkan pemandu lori berkenaan kerana masuk ke laluan kereta tersebut.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Ini Baru La Pemandu Lori Yang Alert Di Sekelilingnya, Semoga Selalu Dimurahkan Rezeki”

“Lorilah Kena Hati-Hati Kerana Bila Membelok Makan Jalan Orang, Kena ALert Sekitar”

“Kenapa Abang Lori Brek?”

“Memang Kereta Dalam Lorong Dia Dah, Lori Yang Makan Lorong”

“Nasib Jumpa Pemandu Yang Peka, Terbaik Buat Pemandu Lori”

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd