Now Reading
Peminat Makanan Nusantara? Anda Wajib Cuba Restoran Ibu Ruby’s [Review]

Peminat Makanan Nusantara? Anda Wajib Cuba Restoran Ibu Ruby’s [Review]

Antara hidangan istimewa yang wajib cuba di Restoran Ibu Ruby’s adalah Daging Dendeng Minang, Pisang Bakar dan Nasi Sela Kunyit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siapa sahaja yang tidak suka dengan makanan nusantara khususnya dari Indonesia? Jika ditanya kepada mana-mana individu, pasti ramai yang boleh senaraikan menu kegemaran dari negara seberang itu.

Memandangkan selera hampir serupa, jadi tidak hairanlah kalau di Malaysia kini terdapat banyak restoran yang menjual hidangan dari sana.

Yalah, nak mudahkan orang ramai. Tak perlu susah-susah naik flight terbang ke Indonesia semata-mata nak cari makanan mereka yang sedap, dekat Malaysia pun ada!

Tetapi dalam banyak-banyak kedai makan yang ada di negara ini, ada satu restoran baharu khususnya buat peminat masakan Indo-Malay yang patut anda kunjungi iaitu Restoran Ibu Ruby’s.

Makanan Lambang Penghormatan, Ibu Ruby’s Tawar Hidangan Istimewa Buat Pelanggan

Baharu sahaja dibuka pada minggu lalu di Lucky Garden, Bangsar, Ibu Ruby’s menawarkan menu istimewa masakan Indo-Malay khusus buat pengunjung.

Yang menarik, restoran ini bukan hanya sekadar restoran. Ia adalah lambang penghormatan pengasasnya Haji Mohd Imran kepada tukang masak rumahnya sewaktu kecil iaitu Ibu Ruby.

Sempena pembukaan secara rasmi restoran itu semalam (28 November), kami berpeluang menikmati hidangan istimewa diilhamkan dari Ibu Ruby yang dianggap seperti ibu kedua oleh Haji Mohd Imran.

Antara menu istimewa yang kami cuba adalah:

#1 Nasi Lemak Ayam Rendang (RM19.95)

Antara menu yang anda wajib cuba apabila berkunjung ke Ibu Ruby’s ke adalah Nasi Lemak Ayam Rendang kerana ia merupakan salah satu hidangan ‘signature’ di sini.

Ayam Rendang dalam hidangan ini yang paling kami minat kerana rasanya akan membuatkan anda teringat masakan ibu di kampung. Macam rendang waktu rayalah senang kata. Isi ayamnya pun lembut dan mudah untuk dimakan.

Portion dan saiz ayam yang dihidangkan juga agak besar. Memang berbaloi dengan harganya.

Dari segi rasa sambalnya pula, ia agak manis. Jadi kalau anda jenis yang tak suka makan pedas-pedas sangat, hidangan ini memang sesuai untuk dipesan.

Walau bagaimanapun, rasa nasi dalam menu ini kurang berlemak dan hampir sama seperti nasi biasa.

Rate: 7/10

Foto: Fatin/TRP

#2 Nasi Ayam Penyet (RM18.95)

Untuk anda yang sukakan hidangan ayam penyet, Ibu Ruby’s juga memnyediakan menu tersebut. Sama seperti kebanyakan ayam penyet yang lain, set ini didatangkan dengan tauhu dan tempe goreng serta ulaman.

Apa yang best tentang hidangan ini adalah ayam gorengnya yang cukup rangup. Kena makan pakai tangan baru syok! Dimakan pula dengan Sambal Penyet berwarna merah itu, lagi padu!

Sebagai orang yang makan pedas, sambal di dalam menu memiliki rasa pedas yang biasa-biasa. Tidaklah terlalu berapi seperti sambal ayam geprek.

Rate: 7/10

Foto: Fatin/TRP

#3 Nasi Sela Kunyit (RM5.95)

Suapan pertama sudah cukup buat kami terbayangkan hidangan nasi minyak yang biasanya di sediakan di majlis kenduri kahwin!

Tapi Nasi Sela Kunyit ini lebih wangi dan ‘ringan’ jika dibandingkan dengan nasi minyak biasa dan sesuai dimakan oleh kanak-kanak juga. Kalau dimakan begitu sahaja tanpa sebarang lauk pun sedap.

Rate: 7/10

Foto: Fatin/TRP

#4 Daging Dendeng Minang (RM19.95)

Daging Dendeng Minang ini adalah salah satu menu favourite kami. Bila suap sahaja ke mulut, memang senang betul nak kunyah kerana dagingnya lembut dan berjus.

Kalau makan dengan Nasi Sela Kunyi mereka lagi sedap. Cumanya jika hidangan ini dimakan begitu sahaja, anda akan rasa hidangan ini agak masin. Tapi jangan risau, bila makan dengan nasi, rasa masin itu akan kurang sedikit.

Rate: 8/10

Foto: Fatin/TRP

#5 Udang Gulai Lemak (RM13.95)

Hidangan seterusnya yang kami cuba adalah Udang Gulai Lemak.

Bagi pendapat kami, gulai ini agak berbeza dengan gulai lemak biasa yang lain kerana kuahnya yang agak pekat.

Ketika suapan pertama semasa menghirup kuahnya, perkara pertama dirasai adalah daun kunyit. Boleh dikatakan, rasa daun kunyit itu seolah-olah menguasai lauk tersebut dan kurang rasa berlemak.

Rate: 6/10

Foto: Fatin/TRP

#6 Terung Bakar Sambal (RM7.95)

Untuk anda yang suka makan sayur, kena cuba menu ini. Terung tersebut yang dibakar dan disaluti sambal penyet ini memang cukup sedap! Rasanya sangat lembut dan mencair di mulut membuatkan hidangan ini juga mudah untuk dimakan oleh kanak-kanak.

Siapa peminat makanan pedas bolehlah cuba menu ini bersama nasi. Sambal penyet di atas terung itu boleh tahan pedas juga.

Rate: 7/10

Foto: Fatin/TRP

#7 Urap Kacang Botol (RM6.95)

Buat peminat ulam, ini menu yang anda wajib cuba. Apa yang boleh kami katakan, menu ini seperti kerabu yang biasa dimakan.

Apa yang uniknya adalah gabungan rasa pedas dan manis yang datang dari bahan itu sendiri seperti cili, bawang dan daun selom. Orang yang tak makan sayur pun boleh suka menu ini.

Rate: 7/10

Foto: Fatin/TRP

#8 Pisang Bakar (RM13.95)

Tak lengkaplah hidangan kalau tak ada pencuci mulut kan?

Kami juga dihidangkan dengan ‘dessert’ iaitu Pisang Bakar bersama aiskrim vanila. Gabungan dua bahan ini memang sungguh lazat kerana rasanya yang seimbang dan cukup berlemak apabila dimakan bersama.

Dia punya sedap tu sampai sekarang kami teringat-ingat ya.

Rate: 8.5/10

Foto: Fatin/TRP

#9 Teh Malaya (RM7.95)

Ketika minuman ini sampai ke meja kami, terfikir juga apa rasanya. Maklumlah, siap ada daun pandan dan kulit kayu manis dihidangkan bersama teh tersebut.

Pada mulanya rasa takut juga nak rasa, namun ia hirupan pertama yang masuk ke mulut melegakan tekak kerana rasanya yang sedap tetapi agak unik berbanding teh biasa yang selalu kita minum.

Rasa kayu manis dan daun pandan di dalam Teh Melayu ini cukup seimbang.

Rate: 8.5/10

Foto: Fatin/TRP

#10 Jus Tiga Rasa (RM10.95)

Sama seperti Teh Melayu, Jus Tiga Rasa juga minuman yang buat kami takut nak cuba. Buka n apa, sebab ada cili dalam minuman tersebut.

Tanggapan pertama kami adalah minuman ini akan berasa pedas. Tetapi kami salah kerana Jus Tiga Rasa ini adalah antara minuman yang paling unik kami pernah rasa.

Gabungan nenas, lemon, madu, cili padi dan spice syrup memang ngam! Tak rasa pedas langsung dan cukup ‘refreshing’.

Rate: 9/10

Foto: Fatin/BuzzKini

Apa yang boleh kami simpulkan, kesemua makanan yang dihidangkan di Restoran Ibu Ruby’s ini sedap-sedap belaka dan kena dengan citarasa masyarakat Malaysia yang akan mencari nasi setiap hari.

Yang pasti, tiada perasa komersial dan MSG digunakan dalam masakan bagi memastikan pelanggan dapat menikmati rasa asli dalam setiap hidangan.

Barulah rasa seperti di Nusantara gitu.

Foto: Fatin/TRP
Foto: Fatin/TRP

Secara keseluruhan, kami beri 8/10 untuk semua menu yang dihidangkan kepada kami.

Sebenarnya, banyak lagi hidangan istimewa yang wajib cuba di Ibu Ruby’s antaranya seperti Nasi Lemak Ayam Kalasan, Nasi Tomato Ayam Ros, Nasi Tomato Dendeng Daging, Nasi Biryani Ayam Rendang dan Pizza Ayam Penyet.

Buat peminat sambal, Ibu Ruby’s turut menyediakan empat jenis sambal istimewa antaranya sambal hijau, sambal kelapa dan sambal tomato untuk dinikmati bersama hidangan yang lain.

Jika ada kesempatan, kami akan datang lagi untuk mencuba menu ini. Nak ajak ahli keluarga atau rakan-rakan ke sini pun sesuai juga kerana persekitaran yang berpenghawa dingin dan selesa.

Nak duduk di bahagian luar juga ada ruangan yang disediakan.

Harga Hidangan Di Ibu Ruby’s Mesra Poket

Kalau sebut sahaja kedai makan di Bangsar, mesti ramai yang anggap harga makanan yang dijual agak mahal.

Tetapi, anda tak perlu risau kerana harga hidangan yang dijual di Ibu Ruby’s tidaklah terlalu mahal dan amat berpatutan. Mesra poket orang kata!

Lebih menarik, suasana restoran yang tenang dan menarik buat anda rasa seperti sedang makan di restoran mewah.

Foto: Fatin/TRP

Info Tentang Ibu Ruby’s

Buat anda yang mahu mencuba keunikan rasa masakan Indo-Malay, boleh la datang ke Ibu Ruby’s. Berikut kami kongsikan info mengenai Restoran Ibu Ruby’s:

Lokasi: No.1, Persiaran Ara Kiri, Lucky Garden, Bangsar 59100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram dan TikTok atau melalui e-mel di alamat Contact@iburubys.com


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd