Now Reading
[Video] “Basic Campur Elaun” – Altimet Dedah Gaji Bersih YB Di Selangor Sekitar RM16,000

[Video] “Basic Campur Elaun” – Altimet Dedah Gaji Bersih YB Di Selangor Sekitar RM16,000

Menurut ADUN Lembah Jaya itu, Selangor merupakan antara negeri tiga teratas (top 3) yang memberikan gaji tinggi kepada wakil rakyat di peringat negeri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seseorang wakil rakyat bergelar ‘Yang Berhormat’ (YB) mempunyai tanggungjawab penting untuk menyuarakan masalah masyarakat di kawasan yang mereka wakili serta berperanan dalam penggubalan undang-undang.

Wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) ini dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

Meskipun Ahli Parlimen dan ADUN ini bekerja untuk rakyat, mereka tetap mendapat gaji sama seperti pekerjaan biasa.

Altimet dedah gaji YB di Selangor

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial ADUN Lembah Jaya, Tuan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau dikenali sebagai Altimet mendedahkan anggaran gaji seorang YB di Selangor dalam satu saluran audiosiar (podcast), Dol’s Podcast.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @dolpodcast, rancangan podcast yang telah memasuki episod 38 itu memanggil Altimet yang juga bekas rapper sebagai tetamu undangan.

Dalam rancangan yang dihostkan oleh Shuk Sahar, Shuib dan Fizi itu, pelbagai soalan yang mereka ajukan kepada Altimet.

Altimet dedah gaji bersih YB di Selangor boleh cecah RM16,000

Namun, apa yang menarik perhatian adalah pertanyaan yang diajukan oleh Shuk tentang berapakah gaji seorang YB.

Altimet kemudiannya mendedahkan gaji ‘basic’ termasuk elaun bagi seorang wakil rakyat di peringat Dewan Negeri di Selangor boleh mencecah sehingga RM16,000.

Menurutnya, Selangor merupakan antara negeri tiga teratas (top 3) yang memberikan gaji tinggi kepada wakil rakyat di peringat negeri.

Dapat kemudahan loan dan elaun driver

Shuib kemudiannya bertanya pula kepada Altimet adakah seorang YB di peringat DUN turut menerima insentif lain seperti kenderaan, rumah dan sebagainya.

Jelas Altimet, kemudahan itu tidak diperolehi, namun mereka tetap mempunyai kelebihan untuk membuat pinjaman sama seperti kakitangan kerajaan yang lain.

Menurutnya lagi, elaun yang diberikan kepada ADUN di negeri itu bagaimanapun merangkumi peruntukan untuk mengupah pemandu peribadi.

“Sebahagian daripada elaun kita tu (YB) ada peruntukan untuk driver, kita kena cari (driver). Ada SUK (Setiausaha Kerajaan) tanya ‘YB ada driver tak? Pastikan ada driver sebab dalam elaun awak tu ada driver, elaun itu disediakan untuk bayar driver, jangan sampai takda driver, sebab mungkin akan ditegur oleh bos’.” katanya.

https://www.tiktok.com/@dolspodcast/video/7441927577494621448

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd