Tan Sri Ananda Krishnan Meninggal Dunia
Usaha Tegas dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk menghormati hasrat keluarga mendiang Ananda Krishnan yang ingin berkabung secara tertutup.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Taikun dan Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Tan Sri Ananda Krishnan dilaporkan meninggal dunia pada Khamis, 28 November.
Khabar duka berhubung pemergian ahli perniagaan itu telah dimaklumkan oleh Syarikat Usaha Tegas Sdn Bhd menerusi satu kenyataan.
“Dengan dukacitanya kami maklumkan Pengerusi, Tan Sri Ananda Krishnan Tatparanandam telah meninggal dunia pada 28 November 2024.”
“Beliau telah banyak memberikan sumbangan dalam pembinaan negara, dunia korporat dan inisiatif dermawannya yang telah banyak berbakti orang ramai,” kata syarikat itu.
Syarikat itu dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk menghormati hasrat keluarga mendiang yang ingin berkabung secara tertutup.
Siapakah Ananda Krishnan?
Ananda Krishnan merupakan seorang jutawan dermawan yang lahir pada 1 April 1938 di Briekfields, Kuala Lumpur, Malaysia.
Beliau juga sangat dikenali sebagai salah seorang individu terkenal di dunia. Ananda sebelum ini melanjutkan pelajaran di Institut Victoria, Kuala Lumpur sebelum menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Australia dalam bidang Sains Politik di Universiti Melbourne.
Beliau kemudiannya ke Harvard Business School untuk pengajian Master Business Administration (MBA).
Antara kejayaan Ananda Krishanan:
Pada tahun 1985 mendiang bersama Bob Geldof dan Midge Ure merupakan penaja bagi konsert Band Aid seterusnya dikenali sebagai Live Aid di Asia. Namun beliau kurang menonjolkan diri dan lebih gemar mengekalkan statusnya sebagai ‘low profile’.
Bagaimanapun kejayaannya dalam bidang perniagaan sering menjadi perhatian ramai.
Dalam bidang keusahawanan pula Ananda terkenal sebagai pengasas dan pengerusi, Usaha Tegas Sdn Bhd yang memegang saham besar di syarikat terkemuka seperti Maxis Communications (telecommunications), Astro Malaysia (Broadcasting), and Measat Satellite Systems.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam membawa televisyen satelit ke Malaysia dengan pelancaran Astro. Beliau dipercayai memiliki tiga orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.
Meskipun hidup dalam kemewahan anak lelaki tunggalnya, Ajahn Siripanyo merupakan seorang sami Budha dan memilih untuk tidak mewarisi sebarang harta milik mendiang.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.