[Video] Ramai Puji Peniaga Jual Nasi Lemak RM2! Lengkap Dengan Bahan, Siap Bagi Kangkung & Telur Separuh
Apa yang menjadi perhatian adalah nasi lemak jualan peniaga itu hanya berharga RM2 namun hidangan yang disediakannya langsung tidak mencerminkan harga tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebut sahaja tentang nasi lemak, pasti dah terbayang menu kegemaran majoriti rakyat Malaysia itu.
Kebiasaannya, ia dinikmati ketika sarapan pagi atau pada waktu malam. Harganya pula dijual pada kadar yang berbeza bergantung kepada menu yang diambil.
Jika ada penambahan lauk, nilainya boleh mencecah sehingga RM5 sebungkus. Namun jika ia hanya sekadar nasi lemak biasa, hidangan itu boleh sahaja didapati dengan harga sekitar RM1.50 hingga RM2.00
Dengan harga sebegitu, sudah tentulah hidangan nasi lemak itu hanya bersifat ‘basic’ dan dinikmati dengan bahan wajib seperti sambal, timun dan telur semata-mata.
Nasi Lemak Guna Beras Basmathi, Siap Bagi Kangkung & Bahan Semua Lengkap
Lain pula dengan peniaga nasi lemak ini yang menjual hidangan tersebut dengan harga RM2 tetapi lengkap dengan bahan asas siap dengan penambahan sayur kangkung lagi!
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bestfoodmy, seorang lelaki telah datang berkunjung ke premis peniaga itu yang terletak di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.
Apa yang menjadi perhatian adalah nasi lemak jualan peniaga itu hanya berharga RM2 namun hidangan yang disediakannya langsung tidak mencerminkan harga tersebut.
Ini kerana nasi lemak berkenaan menggunakan beras basmathi yang sememangnya diketahui agak mahal berbanding beras biasa lain.
Malah, kuantiti kacang dan ikan bilis yang disenduk agak banyak jika dibandingkan dengan nasi lemak biasa yang dijual dengan harga sama.
Lebih menarik, telur rebus yang dinikmati bersama nasi lemak tersebut adalah separuh serta ia juga turut didatangkan dengan sayur kangkung.
Difahamkan, kedai peniaga yang dikenali sebagai Restoran Nasi Lemak Kangkung dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi sehingga 11 malam.
Ramai Puji Peniaga Tak Kedekut, Ada Yang Pelik Nasi Lemak Sebegitu Boleh Jual Harga Murah
Video yang telah mendapat lebih 201,000 tontonan dan turut dikongsikan di platform X nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti daripada mereka terkejut serta tidak percaya dengan kuantiti dan penggunaan bahan sedemikian, nasi lemak tersebut boleh dijual dengan harga yang murah.
Malah, ada yang menganggap kuantiti tersebut hanya untuk video berkenaan namun dakwaan itu disangkal oleh beberapa pengguna yang telah berkunjung ke premis itu.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Murahnya, Banyak Pula Portion Untuk RM2”
“Portion Banyak, Semua Cukup, Harga RM2. Semoga Dimurahkan Rezeki & Tak Naik Harga”
“Siapa Yang Dah Pergi? Betul Ke Portion Dia Macam Tu”
“Serius La RM2 Je? Dah La Pakai Beras Basmathi, Kacang Dengan Ikan Bilis Menimbun”
“Nampak Padu”
“Semoga Dimurahkan Rezeki Akak Ni, Dekat Tempat Lain Mahu Telur Dibelah 28”
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.