[Video] Penduduk PPR Perlu Guna Kad Akses Tahun Depan, Tidak Boleh Elak Bayar ‘Maintenance Fee’ Lagi
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dalam tempoh dua tahun, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM300 juta ringgit untuk membaiki dan menyelenggara mana-mana bangunan yang didapati usang serta daif
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kerajaan bakal memberikan kad akses kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk kegunaan bagi memasuki kediaman mereka.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, inisiatif di bawah Skim Program Residensi Rakyat (PRR) itu akan dilancarkan bermula tahun hadapan.
Menurutnya, Skim PRR ini dilaksanakan untuk memastikan setiap penghuni bekerjasama sebagai satu komuniti yang mampu hidup bersama secara aman dan sentosa.
Kad akses untuk pastikan penghuni bayar ‘maintenance fee’
Difahamkan, pengguna kad akses ini juga untuk memastikan para penghuni menjelaskan bayaran bagi kos penyelengaraan bangunan yang mana sebelum ini ada segelintir mengambil mudah dengan enggan membayarnya.
“Semua penghuni akan diberikan dua kad akses, yang pertama di depan (gated community), yang kedua dalam lift, sekiranya mereka bayar (kos penyelenggaraan) akan dapat akses, tapi kalau enggan bayar, saya minta maaf, itu sahaja,” katanya.
Kerajaan telah peruntuk hampir RM300 juta untuk baiki dan selenggara bangunan usang
Menurutnya lagi, dalam tempoh dua tahun, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM300 juta ringgit untuk membaiki dan menyelenggara mana-mana bangunan yang didapati usang serta daif demi keselesaan rakyat.
“Dalam negara kita, terdapat lebih kurang 24,385 skim bangunan berstrata, jumlah unit adalah amat tinggi, setakat hari ini telah mencapai 2.83 juta unit.
“Tidak mungkin berlaku sekiranya semua rumah berstrata bergantung kepada subsidi kerajaan berdasarkan kekangan kewangan.
“Tapi bagaimanapun, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menyantuni rakyat,” katanya lagi.
Nga berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini (26 November) bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Tuan Mohd Hasnizan Harun, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan sistem subsidi atau insentif kepada mana-mana bangunan kos rendah dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah rumah berstrata.
Sebagai info, sistem kad akses sering digunakan rumah strata yang bukan dibangunkan oleh kerajaan.
Kebiasaannya, penghuni sesebuah kediaman yang culas membayar kos penyelenggaran akan dikenakan sekatan daripada menggunakan kad berkenaan untuk masuk keluar rumah.
Mengikut Akta Hakmilik Strata 2013, setiap penghuni perlu membayar yuran untuk urusan penjagaan dan pengurusan blok kediaman serta kemudahan bersama.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram