[Video] “Tak Kira Kawasan Mana” – Steven Sim Sumbang Van Buat Sekolah Khas Di Permatang Pauh Raih Pujian
MP Bukit Mertajam yang juga Menteri Sumber Manusia itu menjelaskan dia tidak kisah untuk membantu sekolah khas berkenaan yang berada di luar kawasannya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini, tular di media sosial kisah mengenai sekolah kanak-kanak terencat akal, Sekolah Sinar Harapan di Permatang Rawa, Bandar Perda, Pulau Pinang yang memerlukan van baharu.
Difahamkan, dua buah van lama milik sekolah berkenaan yang digunakan untuk membawa murid-murid ‘Istimewa’ dari rumah mereka ke sekolah telahpun uzur dan sering mengalami kerosakan di tengah jalan.
Perkara terbabit mula mendapat perhatian ramai orang selepas ia ditularkan menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok SPChannel.
MP Bukit Mertajam sumbang van baharu buat sekolah kanak-kanak Istimewa
Ahli Parlimen Bukit Bertajam, Steven Sim Chee Keong yang cakna mengenai isu berkenaan telah tampil membantu dengan memberikan sumbangan van yang baharu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X rasminya @shceekeong, Steven Sim berkata, beliau tidak sampai hati untuk melihat dan membiarkan ‘anak-anak syurga’ itu menaiki van yang telah uzur.
Meskipun van yang diberikan itu bukanlah baru, namun ia sudah cukup memadai untuk keselesaan para murid.
“Tak kisah kawasan mana, kita bantu takat mampu” – Steven Sim
Difahamkan, sekolah tersebut bukanlah di bawah kawasan Parlimen Bukit Mertajam, namun Steven yang juga Menteri Sumber Manusia itu menjelaskan dia tidak kisah untuk membantunya.
“Tak sampai hati saya lihat anak-anak syurga pakai van uzur berkarat dan kerap kali mati (rosak) di tengah jalan.
“Tak kiralah kawasan mana, kita bantu takat mampu. Doakan yang baik-baik,” ciapnya.
Sekolah Sinar Harapan di dalam kawasan Permatang Pauh
Dalam video terbabit, kelihatan sekolah lelaki dipercayai wakil daripada Sekolah Sinar Harapan yang berada di bawah Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal, Seberang Perai Tengah turut akui jika sekolah berkenaan berada di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.
“Memang sebelum ini kamu pun akuilah Sekolah Sinar Harapan ini dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, sejak viral video itu, banyak komen-komen yang ‘tag’ YB (Steven Sim).
“Jadi kami pun tak boleh nak kata apa, kami minta maaflah sebab melanggar kawasan,” kata lelaki itu.
Tak sampai hati saya lihat anak-anak syurga pakai van uzur berkarat. Dan kerap kali dia mati tengah jalan. Tak kiralah area mana, kita bantu takat mampu. Doakan yang baik-baik. pic.twitter.com/6u6bxVXnK3
— Steven Sim 🇲🇾 (@scheekeong) November 24, 2024
Netizen puji Steven Sim dan persoal di mana Ahli Parlimen Permatang Pauh?
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji Steven yang tidak kisah membantu sekolah khas di bawah tanggungjawab ahli parlimen lain.
Tidak hanya itu, ada juga yang mempersoal di manakah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Tuan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang didakwa terus berdiam diri berhubung masalah dihadapi sekolah terbabit.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram