Now Reading
Cristiano Ronaldo Disaman Doktor Kosmetik, Dakwa Culas Bayar Bil RM224,000

Cristiano Ronaldo Disaman Doktor Kosmetik, Dakwa Culas Bayar Bil RM224,000

Doktor kosmetik terbabit yang dikenali sebagai Dr Roshan Ravindran difahamkan merawat Cristiano Ronaldo serta ahli keluarga dan rombongannya di klinik beliau di Cheshire.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo dilaporkan disaman oleh seorang doktor kosmetik selepas dia didakwa mempunyai tunggakan bil sebanyak £40,000 (kira-kira RM224,000).

Dr Roshan Ravindran atau dikenali sebagai Dr Rosh mendakwa bekas tonggak utama kelab bolasepak gergasi Eropah, Manchester United itu belum menyelesaikan kos rawatan semasa dia berada di Old Trafford pada tahun 2021 dan 2022.

Difahamkan, Dr Rosh yang juga bekas pakar kardiologi itu berkemampuan dalam aspek rawaran botox dan filler, penjagaan kulit serta rawatan kening.

Foto: Facebook/klnikofficial

Hanya namakan Ronaldo dalam borang rasmi kepada mahkamah

Dalam borang rasmi kepada mahkamah, Dr Rosh menamakan Ronaldo namun tidak menyebut nama pasangan bintang itu, Georgina Rodriguez.

Foto: Instagram/cristiano

Dr Rosh didakwa melakukan rawatan untuk bintang berkenaan yang terkenal dengan sambutan ‘Siuuu’ selepas membuat jaringan itu serta ahli keluarga dan rombongannya di klinik beliau di Cheshire.

Ketika diminta memberikan komen, Dr Rosh yang juga mengendalikan cawangan klinik di Manchester dan London itu enggan menggulas lanjut.

“Terdapat isu undang-undang yang sedang berjalan dan sebagai seorang profesional, saya tidak akan membincangkan soal pesakit saya,” kata Dr Rosh.

Dr Rosh pakar di belakang figura penting dan terkenal di dunia

Menurut Harian Metro yang memetik sumber, Dr Rosh ialah seorang doktor dihormati dan pakar di belakang figura penting termasuk ahli politik terkemuka, kerabat diraja, bintang sukan dan ikon Hollywood.

“Bagi prosedur seperti botox dan fillers, Dr Rosh tidak dinafikan adalah pilihan nombor satu,” kata sumber.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd