Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kerajaan mungkin tidak bercadang untuk meneruskan projek lorong bercahaya dalam gelap (glow-in-the-dark) di jalan-jalan yang lain.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara faktor yang menyebabkan perkara itu adalah disebabkan kosnya yang tinggi.
“Kosnya terlalu tinggi, jadi kami mungkin tidak akan meneruskan projek jalan Glow in the Dark,” kata Ahmad Maslan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam (21 November).
Menurut Ahmad Maslan lagi, projek rintis di beberapa kawasan terpilih tidak memenuhi standard yang ditetapkan oleh pakar kementerian.
Projek rintis yang pertama sebelum ini dilakukan di Semenyih, Selangor yang melibatkan laluan sepanjang 245 meter antara Jalan Sungai Lalang dan Jalan Sungai Tekali.
Ia kemudiannya menarik perhatian orang ramai sehingga beberapa kerajaan negeri turut mencubanya antaranya Kedah di Padang Terap dan Johor.
Cat fotoluminesen yang digunakan dalam projek ini menelan belanja sebanyak RM749 bagi setiap meter persegi, iaitu 19 kali ganda lebih mahal berbanding cat jalan konvensional yang hanya RM40 bagi setiap meter persegi.
Walaupun inisiatif ini mendapat perhatian dan menjadi contoh untuk percubaan di negeri lain seperti Johor, yang mengenal pasti 31 jalan untuk projek sama, kos yang tinggi dan keputusan yang tidak memuaskan menyebabkan kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaannya.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram