[Video] Tular Kedai Jual Nasi lemak Tapi Sambal, Telur Rebus & Ikan Bilis Perlu Dibeli Asing
Di dalam video tersebut, kelihatan pelbagai jenis sambal yang dijual seperti sambal udang, sambal sotong dan sambal ayam sebagai pelengkap juadah nasi lemak itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, masalah ekonomi yang berlaku akan memberi kesan terhadap kenaikan harga barang sekali gus menjejaskan peniaga mahupun pembeli.
Malah, ada juga peniaga yang terpaksa menaikkan harga jualan bagi menjamin pulangan modal serta untung yang akan diperolehi.
Namun, ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual makanan pada harga yang tidak masuk akal demi meraih keuntungan berganda.
Tular lelaki dakwa nasi lemak kosong yang dibeli hanya ada nasi
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki mendakwa nasi lemak kosong yang dibelinya benar-benar ‘kosong’.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nizambest1, kelihatan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang itu hanya mempunyai nasi sahaja dan dijual pada harga RM2.
“Kau makan ape tu? Nasi lemak kosong, uish betul-betul kosong, sambal pun takda,” kata lelaki itu kepada rakannya sambil ketawa.
Sambal, telur rebus dan ikan bilis dibungkus dan dijual berasingan
Menerusi satu lagi hantaran video yang dikongsikan oleh lelaki itu, kelihatan sambal nasi lemak itu dibungkus dan dijual secara berasingan.
Bukan hanya itu, telur rebus serta ikan bilis juga dipek secara berasingan dan dijual sebagai tambahan untuk nasi lemak kosong terbabit.
Di dalam video itu, kelihatan pelbagai jenis sambal seperti sambal udang, sambal sotong dan sambal ayam dijual pada harga yang berbeza-beza bermula dari RM2 sehingga RM5.
“Nasi lemak kosong, nak bagi lengkap banyak juga nak kena tambah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Netizen beri pelbagai reaksi
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.
Ada yang mendakwa bahawa nama nasi lemak tidak sepatutnya dilabelkan pada bungkusan makanan tersebut memandangkan ia hanya didatangkan dengan nasi sahaja.
Malah, ada yang menyifatkan peniaga yang menjual nasi lemak itu sebagai ‘cekik darah’ kerana mengenakan caj bagi setiap kelengkapan yang sepatutnya tersedia untuk satu hidangan makanan.
Ada sifatkan harga nasi lemak munasabah, boleh elak pembaziran
Pun begitu, ada pula yang menyebelahi peniaga terbabit kerana berpendapat harga yang ditawarkan itu adalah berpatutan setelah mengambil kira modal membeli bahan mentah serta kos operasi perniagaan.
Tidak hanya itu, ia juga dapat mengurangkan pembaziran makanan kerana pelanggan boleh memilih dan membeli makanan yang hanya diiginkan oleh mereka.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram