Now Reading
[Video] Lelaki Kongsi 4 Aksesori Kereta Yang Bahaya Jika Digunakan

[Video] Lelaki Kongsi 4 Aksesori Kereta Yang Bahaya Jika Digunakan

Menurut lelaki itu, menghiasi kereta dengan pelbagai aksesori bukanlah tidak dibenarkan, sebaliknya pemandu harus memikirkan baik buruknya terlebih dahulu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan, kebanyakan orang yang memiliki kereta gemar menghiasi kenderaan mereka dengan pelbagai aksesori dalaman.

Aksesori yang dipasang kebiasaannya untuk menampakan kabin di dalam kenderaan lebih cantik dan berguna buat pemandu seperti pemegang telefon, ‘armrest’, android player, pod pengecasan kereta dan pelbagai lagi.

Selain itu, ada juga sesetengah aksesori dalaman kereta yang dipasang sekadar hiasan semata-mata tanpa ada sebarang fungsi.

Aksesori tambahan boleh membahayakan pemandu jika berlaku kemalangan

Pun begitu, sebahagian aksesori sekadar hiasan ini juga boleh membahayakan pemandu sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tak diingini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @7motor_, seorang lelaki menyenaraikan empat aksesori kereta yang berbahaya sama ada boleh menyebabkan kemalangan atau menyebabkan sesuatu kemalangan menjadi lebih teruk.

Berikut adalah empat aksesori itu:

#1 Karpet kereta yang terlalu tebal

Tidak dinafikan karpet kereta atau ‘car mats’ antara aksesori yang perlu ada di setiap kenderaan untuk keselesaan kaki pemandu dan juga penumpang.

Bagaimanapun, lelaki terbabit berkata karpet kereta yang terlalu tebal juga boleh mendatangkan bahaya sekali gus menyebabkan kemalangan.

Foto: TikTok/7motor_

Menurutnya, hal ini kerana karpet yang terlalu tebal boleh menyebabkan kesukaran semasa menekan pedal brek. Ada sesetengah kes pedal minyak tersangkut di bawah karpet hingga berlakunya kemalangan kerana kenderaan gagal berhenti.

Susulan itu, lelaki terbabit berkata, pililah ‘car mats’ yang bersesuaian dengan jenis kereta dan tidak menghalang pedal brek serta pedal minyak.

Bukan itu sahaja, pastikan tiada sebarang objek di kawasan pemijak kaki kereta seperti botol air.

#2 Dashboard cover atau Dashmat

Sebahagian kereta memiliki reka bentuk ‘dashboard’ yang sangat membosankan menyebabkan pemiliknya menambah aksesori seperti dashboard cover.

Tak dinafikan aksesori ini boleh menambahkan lagi seri di dalam kereta selain dashboard kelihatan lebih bergaya dan mewah.

Namun, lelaki berkenaan berkata dashboard cover adalah berbahaya kerana ia boleh menyebabkan airbag yang ada di bawahnya tidak keluar dengan sempurna kerana terhalang semasa kemalangan berlaku.

Foto: TikTok/7motor_

#3 Klip seat belt atau seat belt buckle alarm stopper

Kebanyakan kenderaan pada masa kini telah dilengkap dengan ciri-ciri amaran bunyi sekiranya pemandu tidak memakai tali pinggang keledar semasa sedang mengemudi.

Pemandu yang tidak gemar memakai tali pinggang keledar pasti akan rasa ‘annoying’ dengan bunyi amaran tersebut.

Susulan itu, ada individu yang sanggup membeli klip seat belt ini agar dia dapat memandu tanpa memakai tali pinggang keledar dan bunyi amaran terbabit.

Foto: TikTok/7motor_

Pun begitu menurut lelaki itu lagi, aksesori terbabit boleh membahayakan nyawa sekiranya berlaku kemalangan, bahkan tiada tuntutan yang dapat dilakukan sekiranya pihak insurans mengetahui yang anda menggunakan seat belt buckel alarm stopper itu.

#4 Tampal manik-manik atau lambang pada steering kereta

Kongsi lelaki itu, aksesori seperti manik-manik atau lambang yang dilekatkan pada steering kenderaan juga adalah berbahaya.

“Yang terakhir, untuk perempuan-perempuan di luar sana, suka betul kamu tampal manik-manik kan?” katanya.

Jelasnya, sekiranya berlaku kemalangan dan airbag terkeluar daripada steering tersebut, aksesori yang ditampal itu boleh terpelanting kepada pemandu sekali gus mendatangkan bahaya.

Di akhir perkongsian, lelaki terbabit menyatakan bahawa menghiasi kereta dengan pelbagai aksesori bukanlah tidak dibenarkan, sebaliknya pemandu harus memikirkan baik buruknya terlebih dahulu.

@7motor_ Hati – Hati guys .. #7motorusedcardealer #learnontiktok #tiktokmalaysia ♬ Epic News – DM Production

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd